“Siap Suruh Keluarga Pos Samping..” – Bimbang Kena PKP Lagi, 10 Pelajar UiTM ‘Raya Awal’ Tahun Ini

Kehidupan

“Siap Suruh Keluarga Pos Samping..” – Bimbang Kena PKP Lagi, 10 Pelajar UiTM ‘Raya Awal’ Tahun Ini

Meskipun belum tiba hari raya Aidilfitri, sekumpulan pelajar sebuah universiti awam tempatan nampaknya telah ‘bersiap-sedia’ dengan menyambutnya lebih awal pada tahun ini.

Semangat menghidupkan suasana raya, 10 pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor segak bergaya dengan baju Melayu dan berkain samping songket berjalan ke kuliah bersama-sama.

Advertisement

Momen-momen lucu itu turut dikongsi salah seorang pelajar tersebut di laman TikTok @juliansheesh dan mula menjadi tular tidak lama kemudian.

“Pergi ke kelas pakai baju Melayu sebab takut raya nanti kena duduk rumah.” tulis keterangan vidoe itu sambil diiringi lagu Seloka Hari Raya dendangan Uji Rashid dan Hail Amir.

Cerita seorang pelajar, Thaqif Juliansyah Zaki, pemakaian baju tradisional itu telah dirancang bersama rakan-rakannya yang lain kerana rindu untuk menggayakan-nya secara beramai-ramai ke kelas.

Saya hanya sempat belajar di kelas secara fizikal selama tiga minggu sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selebihnya online sehingga sekarang.

mStar OnlineSumber : mStar Online 

 

Walaupun ramai kawan dah mula kelas secara hibrid iaitu bersemuka dan online, tapi kelas saya masih dilakukan secara online.

Dia yang menyertai seminar secara sukarela berkata tujuannya  hanya ingin bersama rakan-rakan untuk merasai suasana kelas fizikal.

Maklumnya lagi, keterangan vidoe di aplikasi TikTok mengenai ‘kebimbangan’ sambutan Aidilfitri tahun ini hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

 

Sambut raya awalSumber : mStar Online 

 

“Memang dah dua kali sambutan Hari Raya tak macam dulu (sebelum pandemik) kerana PKP, tapi kami lebih rindu sebab dah lama tak pakai baju Melayu sama-sama.” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Juliansyah berkata bahawa dia dan rakan-rakan hanya mahu mencipta kenangan terindah sepanjang pengajian dan tinggal di kolej.

Ibu kecewa dengan pihak insurans
2 years ago

Gara-Gara Insurans Lambat 'Approve', Ibu Resah Anak Kekejangan Tak Dapat Dirawat Doktor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...