“Siap Ada Car Wash..” – Tak Simpan Duit Derma, Netizen Puji Masjid Ini Padat Dengan Fasiliti

Kehidupan

“Siap Ada Car Wash..” – Tak Simpan Duit Derma, Netizen Puji Masjid Ini Padat Dengan Fasiliti

Selain menjadi tempat menunaikan solat, masjid juga mempunyai peranan lain seperti menjadi pusat aktiviti umat Islam di komuniti masing-masing.

Sehubungan dengan itu, pusat ibadah itu haruslah mempunyai kemudahan dan fasiliti yang lengkap sekaligus dapat menarik minat orang muda untuk datang beribadah ke masjid.

Advertisement

Semalam, tular di media sosial di mana sebuah video TikTok memaparkan sebuah masjid di Merbok, Kedah dilihat mempunyai kemudahan mesra pengguna dan juga musafir seperti tempat cuci kereta, pondok info, mesin layan diri dan pelbagai lagi.

Masjid Al Busyra mempunyai pelbagai fasiliti selain tempat menunaikan solat berjaya menuai pujian daripada netizen yang rata-rata kagum dengan pengurusan masjid itu yang menggunakan duit derma daripada orang awam bagi membangunkan kemudahan-kemudahan tersebut.

 

Komen TwitterSumber : Twitter 

 

Malah, kafe dan juga ‘homestay’ juga khabarnya dalam pembinaan selain menyediakan bekalan air bersih dan ‘food bank’ buat mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu, ramai warga maya berharap agar pihak pengurusan masjid yang lain dapat mengambil contoh daripada pengurusan Masjid Al Busyra dalam mengendalikan wang sumbangan daripada orang ramai dan memanfaatkan ia dengan sebaiknya..

Mengidam ativa putih
2 years ago

"Rasa Macam Mimpi.." - Layan Mengidam Ibu Hamil, Wanita Ini Syukur Dapat Naik Kereta Ativa Warna Putih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...