August 13th, 2019

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pengacara, lebih-lebih lagi untuk program yang disiarkan secara langsung dan popular. Sekali sahaja tersilap cakap, pasti akan menjadi perhatian dan dikecam.

khai bahar

Itulah yang berlaku kepada penyanyi Khai Bahar yang baru-baru ini menggantikan tempat Neelofa sebagai pengacara dalam program hiburan popular MeleTOP.

Jang Han-Byul

Ketika sedang wawancara peserta Big Stage dimana penyanyi Korea Selatan iaitu Jang Han-Byul turut serta, Khai dilihat memanggil Han-Byul dengan panggilan ‘Si Korea’ dan hanya bercakap dalam bahasa Melayu sepanjang masa, membuatkan jejaka Korea itu sangat keliru.

Si Korea je dia panggil? Biadab

khai bahar rasisnetizen kecam khai baharKhai Bahar Jang Han-Byul

Tindakan Khai itu dianggap rasis oleh sesetengah pihak dan rata-rata netizen turut bengang dengan apa yang berlaku. Sebagai seorang hos, Khai sepatutnya menghormati dan cuba untuk berkomunikasi dengan baik bersama artis jemputan agar mereka merasa selesa.

Wakil Han-Byul tampil berikan

penjelasan, tiada isu besar yang

timbul dan Han-Byul tidak terasa

dengan sikap Khai

jang han byul meletopbig stage koreajang han byul meletop

Mungkin juga Khai tidak sengaja bersikap sebegitu, terlalu gemuruh kerana pertama kali mengacara. Apa-apa pun, pihak Han-Byul pun sudah berikan kenyataan dan ini cuma satu salah faham sahaja dan tiada isu besar yang timbul. Harap dengan penjelasan tersebut, netizen jangan lagi berbalah yer.

Sumber Berita : Luqman & Kamsyera


44 responses to “Si Korea Je Dia Panggil? Biadab – Khai Bahar Dikecam Bersikap Rasis Kepada Peserta Big Stage Jang Han-Byul”

  1. Yekeni says:

    Need to make this profession, tak kira penyanyi, pelakun, pelawak dan apa2 saja, kena ada at least diploma di bidang media, etc. Need to make these people belajar dulu sebelum jadi seseorang yg akan dikenali kerana mereka boleh berikan influence yg buruk pada peminat, if they have lah.
    Ni tidak, kebanyakan mereka2 takde pelajaran. Nak cari kerja yg betul, takde surat, jadi artislah. Senang aje kan.

  2. Netizen yang memerhati says:

    Nervous kot, tu yg tersasul sebut si korea, maybe dia nak nampak santai.. Alah netizen ni sikit sikit nk kecam.. Tambah tambah kalau babit artis korea..?

  3. Lol says:

    Macam org sama je yang komen. Nampak sangat haters ?????

  4. Lol says:

    Macam org sama je yang komen. Nampak sangat haters ?????

  5. Anonymous says:

    Macam org sama je yang komen. Nampak sangat haters ?????

Loading...