Shiva Kalaiselvan Berlakon Siri Gotham, Netizen Saran Raja Ilya Jual Muruku

Hiburan

Shiva Kalaiselvan Berlakon Siri Gotham, Netizen Saran Raja Ilya Jual Muruku

Aktres kelahiran Malaysia dan bertapak di Manhattan, Shiva Kalaisevan, 29, kini melakonkan watak sebagai pemimpin kontinjen wanita League of Shadows dalam siri televisyen Gotham di Amerika Syarikat.

Advertisement

Shiva muncul buat kali pertama dalam siri itu 29 Mac lepas. Siri itu memaparkan kisah awal kehidupan Bruce Wayne atau Batman di zaman kanak-kanak semenjak kedua-dua ibu bapanya dibunuh, dan kini memasuki musim keempat. Mengenai pemilihannya untuk berlakon dalam siri itu, Shiva memberitahu The Star:

Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya. Ia lebih dari gembira dan seronok. Ini peluang yang diimpikan dalam bidang ini, sebelum ini saya hanya bayangkan bagaimana jika saya berjaya dapat peluang itu. Tapi sebenarnya, ia lebih dari apa yang saya bayangkan. Saya tak mungkin dapat bayangkan pengalaman seperti ini.

Ramai rakyat Malaysia memperkatakan mengenai pemilihan Shiva untuk berlakon dalam siri popular ini, namun ada juga yang mengaitkannya dengan Raja Ilya, yang sebelum ini mendakwa menolak tawaran berlakon filem Marvel. Menurut Madam Effa, jika dia menjadi Raja Ilya, dia akan bersara dari jadi artis dan mula menjual Vadey atau Muruku.

Sebelum ini, Raja Ilya memberitahu telah menerima tawaran untuk berlakon filem Marvel dan telah menghabiskan sepanjang tahun lepas mempersiapkan diri secara fizikal untuk berlakon dalam filem tersebut. Walaupun begitu, dikhabarkan Raja Ilya menolak tawaran itu setelah ke Amerika Syarikat selepas mempertimbangkan beberapa isu termasuk terma dan syarat diatur oleh studio filem.

Raja Ilya bagaimanapun memberitahu diterima untuk berlakon satu filem lain dan berpeluang menghadiri uji bakat dan serta bertemu dengan krew perfileman di sana. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

61 Comments

  1. Anonymous

    April 2, 2018 at 10:19 pm

    Almost the same story like one of the singer who like to make huhahuha about the new album. Until now nothing is happen and continue to give a thousand reasons about the new album. Why don’t just do it quietly and tell the story once everything done.

  2. daon kesom

    April 2, 2018 at 8:56 pm

    Bagus la tolak. Maybe cerita tu nak suruh dia jd muslim terrorist, buat sex bagai.burukkan nama southeast asia..dia pun fikir jgk kot kesan akibat.

  3. Anonymous

    April 2, 2018 at 8:09 pm

    Aku pelik la dgn korang. Bkn aku bekap si effa tu. Tp apasal tetiba korang kutuk melayu kaw2 punya? Oooo.. Kutuk mamak, racist. Korang hina melayu boleh plak? It’s not the matter of supporting si effa ka, bnci si ilya tu ka.. Yg aku pelik, KENAPA KUTUK MELAYU TAK SALAH. TAPI KUTUK MAMAK NI, AMBOI KEMAIN LAGI DOK HANGIN! Aku rasa mcm org yg sama ja yg dok mengutuk bagai ni. Dan mati2 dok bekap ilya tu. Betoi ke dia dah dpt peluang berlakon hari tu??? Kalau dah sebelum ni bermati2an kononnya nak besedia utk berlakon, suddenly you tolak plak without any concrete reason.. Hahaha.. Mmg susah la nak percaya..

    • Enter Your Name

      April 2, 2018 at 9:45 pm

      aiyoo amma appa kadavale…bahasa kasar ke? jual muruku vadey hina ke?

      Raja Ilya ko jawap lah! semuanya konon rahsia.

    • DX

      April 3, 2018 at 11:52 am

      Secara am, kutukan berasaskan kaum (racism, xenophobia) memang tidak boleh diterima. Sila rujuk pada NARA ataupun Admin yang tidak mengambil peduli.

  4. Penipu

    April 2, 2018 at 7:49 pm

    Kenapa nk pertahankan raja illya..dah la kuat menipu.cehh..penipu

  5. Anonymous

    April 2, 2018 at 7:26 pm

    Zaman fitnah berleluasa. Memalukan org pki tudung je lah. Dia ni mesti tak buat research psl casting or characters marvel, before fitnah Raja Ilya bukan2. B4 cakap org tgk diri sndiri dlu..eeuwww