Sherry Al-Hadad Puas Hati Turunkan Berat 11kg Dalam Tiga Bulan

Sherry Al-Hadad Puas Hati Turunkan Berat 11kg Dalam Tiga Bulan

Bakat Sherry Al-Hadad sebagai pelakon dan pengacara tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun berbadan gempal, Sherry berjaya menambat hati ramai pihak melalui hasil kerjanya. Kini, walaupun dia dikenali dengan saiz badan yang besar, Sherry memberitahu dia telah menurunkan berat badan sebanyak 11 kg dalam masa tiga bulan lepas setelah diberi amaran oleh doktor.

Sherry memberitahu Sinar Harian Online:

Advertisement

Alhamdulillah dalam tempoh tiga bulan saya berjaya menurunkan berat sebanyak 11 kilogram (kg).

Walaupun penurunan tidak begitu drastik, tapi saya berpuas hati dengan jumlah penurunan tersebut.

Saya bersenam dan jaga permakanan ini pun bukan nak kurus semata-mata tapi untuk sentiasa sihat dan cergas.


Sherry memberitahu telah berjaya mengurangkan sehingga 11 kg dari berat badannya dalam masa tiga bulan lepas dan kini mensasarkan untuk mencapai berat 100kg dalam masa dua bulan lagi dengan  mengawal pemakanan serta bersenam di gimnasium sebanyak tiga kali seminggu.Sherry bagaimanapun mengakui bahawa ia sukar kerana terpaksa melupakan semua makanan kegemarannya:

Saya adalah manusia yang sangat menyukai coklat. Bagilah apa sahaja jenis coklat. Jadi bila tak boleh makan coklat pada awalnya memang agak sukar.

Selain itu saya juga makan mengikut jadual yang telah diberikan oleh jurulatih kecergasan saya.

Tapi saya tetapkan hari Ahad sebagai ‘cheat day’. Jadi, hari itu saya boleh makan apa sahaja yang teringin tetapi bukanlah secara melampau.

Sherry bakal berkolaborasi dengan Asyikin Exclusive untuk menghasilkan koleksi baju raya khusus untuk wanita berbadan gempal bersempena Aidilfitri ini. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...