Sharnaaz Tidak Jangka Berpisah? Cerai Keputusan Bersama – Noor Nabila

Hiburan

Sharnaaz Tidak Jangka Berpisah? Cerai Keputusan Bersama – Noor Nabila

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada mengeluarkan kenyataan dia tidak dapat melakukan apa-apa lagi selepas isterinya, Noor Nabila membuat keputusan untuk berpisah. Redha sekiranya ditakdirkan bercerai adalah jalan terbaik buat mereka.

sharnaaz ahmad noor nabila

Advertisement

Bagaimanapun, Nabila agak terkejut dengan kenyataan Sharnaaz. Wanita itu menegaskan, keputusan berpisah adalah atas persetujuan bersama selepas segala usaha mereka untuk memperbaiki hubungan da menyelesaikan masalah rumah tangga gagal.

Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

sharnaaz ahmad bercerai

Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden. Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang.

Menurut Nabila, dia menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan pada masa sama, peguam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel. Difahamkan, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Februari tahun lalu.

sharnaaz ahmad noor nabila bercerai

Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian

Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...