Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Kini Dalam Proses Pemulihan

Hiburan

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Kini Dalam Proses Pemulihan

Tidak pernah mengiyakan rumahtangga yang dibinanya bersama Noor Nabila mengalami masalah, Sharnaaz Ahmad memaklumkan yang dia dan isteri kini sedang menjalani proses pemulihan. Untuk makluman, Sharnaaz dan Nabila telah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Jebat pada 30 Ogos 2018. Desas-desus keretakan rumahtangga mereka telah bertiup kencang sejak Februari lalu, namun masing-masing mengambil sikap berdiam diri apabila ditanya tentang perkara tersebut.
sharnaazApa yang penting kini Sharnaaz dan Nabila kedua-duanya sedang cuba memperbaiki hubungan sesama sendiri, lebih-lebih lagi dengan ujian yang menimpa terhadap anak mereka. Jebat mengalami sakit jangkitan saluran kencing dan kini sedang menjalani rawatan hospital. Keadaan Jebat ini sedikit sebanyak telah menjadi pengikat kepada hubungan suami isteri ini.

Kata Sharnaaz:-

Advertisement

Saya tidak pernah mengiyakan yang rumah tangga saya mengalami masalah. Tapi apa yang boleh saya katakan, kami sedang melalui proses pemulihan. Namun keutamaan sekarang adalah anak saya iaitu Jebat yang kini sedang melalui proses rawatan di hospital akibat penyakit jangkitan saluran kencing.

Allah dah susun semuanya. Mungkin ini (masalah kesihatan Jebat) adalah pengikat hubungan kami. Tetapi, kita tidak tahu kesudahannya nanti

sharnaazDemi masa depan anak, tolak ketepi kesemua pergaduhan. Benda boleh bincang, buat apa nak bermasam muka kan? Biasalah dalam perkahwinan memang akan ada perselisihan faham. Tolak ke tepi ego masing-masing untuk sama-sama mencari kebahagiaan. Sumber Kosmo.

PS

Ha jadi tunggu apa lagi? Inilah tempat terbaik untuk menjual kereta anda, sekaligus memastikan anda dapat berhari raya dengan lebih tenang tanpa sebarang masalah. Siap boleh dapat duit raya RM500 lagi tue. Lepaslah untuk buat duit minyak balik kampung nanti dengan kereta baru. Layari www.carsome.my atau isi borang dibawah agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

17 Comments

  1. Boboyboi

    May 23, 2019 at 10:54 am

    Tak nak keluar berita Fasha Sandha dh pregnant ke?

  2. grumpydrive

    May 23, 2019 at 1:21 am

    Biasa lah tu, dua dua still dengan perangai masking masing. Dulu waktu masih gfren bfren, semua Indah Indah belaka, dah duduk serumah nampaklah segala perangai masing masing yg tak disukai. Sayangnya dah ada anak kecik, kalau tak boleh jer angkat tangan angkat kasi cakap sayonara.

  3. cik bunga

    May 22, 2019 at 1:41 pm

    semoga jodoh kalian berkekalan hendaknya.. Aamiin

  4. naros

    May 21, 2019 at 4:28 pm

    ceraikan nabila, then ko kawin ngan neng yatimah je lah sharnaz oii…

  5. faraj

    May 21, 2019 at 2:34 pm

    Biasa lah ..Panaz Baran …org panaz baran ni berani kt pompuan jer, pompuan jer jadi mangsa..!!! gi mampos dgn lelaki panaz baran ni , tahu buli Pompuan jerrrr..!!

    • minah senget

      May 21, 2019 at 4:05 pm

      baran2 dia..x pernah lagi rasanya dia pukul wife dia.

    • Anon

      May 23, 2019 at 4:37 pm

      Betul tu, dia x pukul isteri & jatuhkan maruah isteri dgn skandal2 dgn pompuan lain. Dah ada anak ni dia akan belajar bersabar. Kebiasaanmya org akan jadi matang bila dah ada anak, ye la kan, x kan ko nak gaduh & baran dgn budak 2-3 tahun. Tu org x de akal punya kerja.

Loading...