Sharnaaz Ahmad Dan Isteri Kongsi Foto #BabyJ Yang Sangat Comel

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Dan Isteri Kongsi Foto #BabyJ Yang Sangat Comel

Semalam pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila telah dikurniakan anugerah yang terindah apabila putera sulung mereka selamat dilahirkan ke dunia.

Advertisement

Diberikan gelaran Baby J, Sharnaaz dan isterinya tidak lokek untuk berkongsi wajah anak mereka yang sangat comel.

Baby J dilahirkan pada jam 9.01 pagi 30 Ogos melalui kaedah pembedahan. Bayi lelaki itu yang seberat 3.1 kilogram berada dalam keadaan sihat begitu juga dengan ibunya.

Sharnaaz menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah SWT dan begitu gembira sekali kini keluarga kecilnya sudah lengkap dengan kehadiran cahaya mata ini. Wah, kecil-kecil lagi dah nampak kacak anak Sharnaaz ni, hidung mancung itu yang paling buat hati sesiapa pun cair melihatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...