Sharifah Sakinah Minta Maaf Kepada Janna Nick, Peminat K-pop

Hiburan

Sharifah Sakinah Minta Maaf Kepada Janna Nick, Peminat K-pop

Sebelum ini, Sharifah Sakinah telah memuat naik satu video ke Instastorynya, di mana dia mengusik Janna Nick di sebuah salon sebagai ‘k-pop yang dah mati’, disambut ketawa besar oleh pelakon My Coffee Prince itu. Sakinah dipercayai merujuk kepada mendiang Kim Jonghyun, penyanyi kumpulan Shinee yang meninggal dunia kerana membunuh diri akibat masalah kemurungan baru-baru ini.

Peminat k-pop dan netizen bagaimanapun telah mengkritik mereka berdua kerana menjadikan kematian Jonghyun sebagai bahan jenaka. Ia disifatkan tidak sensitif dan tidak menghormati Jonghyun dan tidak sepatutnya dilakukan oleh orang beragama Islam.

Advertisement

Janna Nick telah meminta maaf mengenai insiden itu, mendakwa tidak tahu siapa yang diperkatakan oleh Sakinah. Insiden ini kahabarnya telah dilaporkan oleh peminat k-pop kepada syarikat pengurusan Shinee, SM Entertainment, dan berita mengenainya juga disiarkan di laman-laman hiburan Korea Selatan seperti Allkpop dan Koreaboo. Terbaru, melalui Instastorynya, Sakinah telah memuat naik satu nota permohonan maaf:

Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada Janna Nick kerana terheret kepada insiden  ini. Dia tak kena-mengena pun dalam perkara ini. Kepada semua peminat kpop, saya benar-benar meminta maaf tentang video itu yang dilihat seolah tidak menghormati idola anda.

Saya tiada niat mempersendakannya. Jujurnya, kami ketawa kerana rambut Janna diwarnakan perang pada masa itu.

Saya minta maaf jika menyinggung perasaan sesiapa dengan video itu. Saya sendiri tidak akan ketawakan kematian seseorang, apatah lagi kematian yang disebabkan masalah kemurungan.

Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan. Sekali lagi, saya minta maaf.

Disebabkan kematian Jonghyun, semakin ramai peka mengenai masalah penyakit kemurungan yang memerlukan intervensi dan rawatan secara klinikal dan preskripsi ubatan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih, biarkan perkara ini berlalu dan semoga Sakinah dan Janna akan lebih berhati-hati di masa akan datang. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...