Sham Kamikaze Dan Isteri Disahkan Cerai Sejak Tahun Lepas

Hiburan

Sham Kamikaze Dan Isteri Disahkan Cerai Sejak Tahun Lepas

Ini sememangnya agak pelik tetapi itulah kenyataannya. Kalau anda masih ingat, isteri Sham Kamikaze, Farazila telah menfailkan permohonan cerai akhir bulan Ogos yang lepas. Namun hari ini (Khamis), Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah mengesahkan yang mereka bukan lagi suami isteri sejak 1 September 2011.

sham kamikaze dan isteri cerai

Advertisement

Sham Kamikaze dan Farazila yang hadir ke mahkamah untuk kes permohonan cerai telah diberitahu yang tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie. Sham telah melafazkan cerai terhadap isterinya 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

sham kamizake

Berikut ialah penerangan daripada Hakim Syarie Atras Mohammad Zin:-

Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini. Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak. Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah.

Farazila melahirkan rasa kelegaannya kerana kes penceraiannya ini telah selesai sementara Sham Kamikaze pula berkata yang di redha dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangganya. Info asal Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

112 Comments

  1. tanpa nama

    September 28, 2012 at 2:31 pm

    Bertambah laah sorang lagi statistik janda kat Malaysia. Apa-apa pun teruskan hidup, insyaallah ada sinar baru.

    LAMPU AJAIB

  2. kucing parsi

    September 28, 2012 at 1:40 pm

    lumrah dunia…jodoh pertemuan ajal maut ditangan Tuhan…sape kita utk menentukan…dulu org belajar agama bertahun2 baru jd ustaz/penceramah…skrg x blajar agama lama pun…ckp je da berhiijrah trus jd penceramah…skali bila kne mcm ni sendiri mau igtla kan…mcm ketam…

  3. Kepochi

    September 28, 2012 at 1:02 pm

    Kalau nak tunggu maksum, xde dosa langsung baru nak ajak org ke arah kebaikan, habisla sesat semua manusia sebab nabi je yg xde dosa. Pernah dengar tak, “jangan pandang SIAPA yang menyampaikan, tapi pandanglah APA yang disampaikan.”

    Benda kalau sahih dah tulis dalam Quran, tak kira lah siapa yg ajak buat baik, org xtutup aurat ke, budak kecik ke, mat rempit ke, benda tu betul kena buat. Dosa atau kekurangan dia, Allah je yg akan nilai. Yg manusia biasa macam kita ni sibuk nak share dosa kutuk dia nak buat apa. Dah byk sgt pahala agaknya.

    #justsaying

  4. kan Mak dah cakap mesti kantoi punyer

    September 28, 2012 at 12:41 pm

    Sepatutnya Sham yg dh berstatus Pendakwah seharusnya tau pasal cerai rujuk nie jangan tau ilmu kahwin jer..memang la kalau ikut 3 mahzab lain (selain Syafie) kata rujuk melalui perbuatan adalah sah… Tetapi memandangkn mereka mengamalkan mahzab imam Syafie dan perundangan Syariah Malaysia pon ikut Mahzab Syafiee maka kena la ikut.. Kalau main hentam taram ikut suka hati nk ikut mana yg kita suka amboi lemak ler.. Sembahyang ikut mahzab lain, puasa ikut mahzab lain, Kawen ikut mahzab lain dan cerai ikut mahzab lain.. Mcm tue boleh..? nampak sangat si Sham sedar pekara nie dan dia diamkan.. bila si isteri bawa court failkn cerai tersangkut sebab ada kes terdahulu yg tk di rujuk dgn sah di JAIS.. Baru la tembelang si Sham nie meletup…

    • tuntutlah ilmu

      September 29, 2012 at 1:16 pm

      Mazhab bukanlah sesuatu yang WAJIB dituruti dari A-Z. Takder ketetapan dalam ISLAM yang mewajibkan e.g. kalau ikut syafie kena A-Z ikut syafie. Sila tuntut ilmu agama lebih skit sebelum pandai komen!!

  5. cengkodok

    September 28, 2012 at 12:22 pm

    tak paham,nape rujuknye tidak sah kerana lebih 15 ari,padahal klu ikut rujuk sah dlm tempoh iddah iatu 3 kali suci atau lebih kurang 3 bln…

Loading...