Shalma Eliana Mohon Maaf Kepada Bunga Isme, Kesal Dituduh Punca Berpisah Dengan Ismail Izzani

Hiburan

Shalma Eliana Mohon Maaf Kepada Bunga Isme, Kesal Dituduh Punca Berpisah Dengan Ismail Izzani

Penyanyi Shalma Eliana tampil menafikan penyanyi rap, Bunga Isme menjadi orang ketiga dan punca perpisahannya dengan penyanyi Ismail Izzani sebulan lalu.

Bunga Isme
2 years ago

Bunga Isme Sedih Difitnah Sebagai 'Orang Ketiga', Punca Ismail Izzani Dan Shalma Putus

Advertisement

Shalma atau kini mahu lebih dikenali sebagai Yana memaklumkan yang dia terkejut dengan dakwaan tersebut dan sudah memohon maaf kepada penyanyi tersebut secara peribadi.

Saya sendiri tidak tahu bagaimana dakwaan tidak berasas tersebut boleh timbul. Bunga seorang individu yang baik.

Yana mengeluarkan kenyataan tersebut ketika ditemui media pada majlis pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Your Loss di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada awal November lalu, Ismail telah bertindak mendedahkan bahawa hubungan cintanya bersama Shalma Eliana sudah berakhir tanpa memberitahu sebab mengapa perpisahan itu berlaku.

Menurut Yana, dia kini mahu memberi perhatian kepada karier nyanyian dan dirinya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.

Saya lebih bahagia dengan kehidupan sekarang ini dan mahu fokus pada diri sendiri serta kerjaya.

Shalma Eliana

Bercakap tentang Your Loss, Yana memberitahu yang ia merupakan hasil karyanya sendiri yang ditulis hanya dalam tempoh 10 minit pada 2 Oktober lalu.

Tambah Yana, lagu tersebut ditulis berdasarkan apa yang telah dia lalui ketika itu dan bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa.

Malah, Yana turut menambah yang lagu tersebut adalah lebih kepada untuk berkongsi kisah dirinya sendiri menerusi sebuah lagu kerana dia memang suka menulis sejak dari sekolah menengah lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...