“Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Beli Beras..”- Aishah Beri Bayangan Kehidupan Rumah Tangga Sebelum Ini

Hiburan

“Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Beli Beras..”- Aishah Beri Bayangan Kehidupan Rumah Tangga Sebelum Ini

Penyanyi terkenal Aishah baru-baru ini ada menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada 3 Januari yang lalu.

Aishah dan suami ke-4
2 years ago

Dah 3 Bulan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Suami, Aishah Tunggu Masa Jatuh Talak

Advertisement

Sempena hari jadinya itu, anak-anak penyanyi lagu popular Janji Manismu ada memberi hadiah istimewa iaitu seutas gelang tangan buat ibu tercinta.

Terharu dengan pemberian tersebut, Aishah dilihat berkongsikan mengenai perkara tersebut di ruangan Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Dalam hantaran tersebut, Aishah juga ada mencoretkan kata-kata seolah memberi bayangan kehidupan rumah tangganya sebelum ini.

I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup I lah isteri yang memberi beras.

Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present dari Armand. Buat mata mum dia masuk habuk.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan selamat hari jadi serta mendoakan yang terbaik kepada bekas juara program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-4 itu.

Sekadar info, Aishah pernah mendedahkan bahawa dia sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak Ogos tahun lalu.

Rumah tangga yang dibina Aishah bersama suaminya itu merupakan hasil perkahwinan penyanyi itu untuk kali ke-4 dan bertahan selama lima tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...