Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Setiap Hari Kekasih Bacakan Surah Yasin Untuk Saya – Ruhainies

Dalam mencari pasangan hidup, pastinya seorang wanita mahukan seorang lelaki yang mempunyai hati yang ikhlas serta pegangan agama yang kuat. Pelakon Ruhainies mengakui doanya sudah termakbul dan merasa sangat bertuah bertemu jodoh dengan kekasihnya Mr E.

Advertisement

Hatinya mula terbuka menerima cinta dan kasih sayang Mr E saat kekasihnya itu membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit.

Akhirnya Tuhan menunaikan doa saya apabila dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar membuatkan saya jatuh cinta dan bersedia melangkah ke alam perkahwinan. Saya pula bukannya memandang paras rupa dan kedudukan, sebaliknya hati budi serta keteguhan agama menjadi keutamaan.

Saya bertambah yakin dengan keikhlasan Mr E  apabila melihatnya membaca Surah Yasin setiap hari, selama dua minggu, ketika saya jatuh sakit sewaktu menjalani penggambaran program travelog, Secawan Kopi, yang menjelajah beberapa kota di Indonesia, baru-baru ini.

Bukan harta dan kekayaan yang dikejar oleh Ruhainies dan beliau agak terluka apabila sesetengah netizen mendakwa beliau perempuan mata duitan.

Bagi saya, kalau Mr E tidak kaya dan berharta sekali pun, inilah lelaki yang saya idamkan sebagai jodoh .Saya tidak pernah beritahu identiti Mr E, malah apa yang dia ada pun saya tidak tunjuk. Kebanyakan netizen hanya tahu membuat spekulasi. Kalau ikutkan, Mr E mengejar saya sejak setahun lalu, tetapi saya tidak melayannya. Sedangkan, saya bukannya tidak tahu siapa Mr E.

Bertuah betul Ruhainies dapat buah hati yang penyayang dan boleh dikatakan mempunyai pakej  ‘husband material’.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 Comments

  1. gedikssss

    December 10, 2018 at 2:16 pm

    Plastic Malau

  2. Duh

    December 10, 2018 at 1:46 pm

    Aku nk video nk dengar bf baca surah Yaasin!! Posing foto membaca Yaasin aint enuf

  3. makcikemo

    December 10, 2018 at 1:20 pm

    CUBALAH UPLOAD GAMBA KEKASIH BACA YASSIN.

    dasar anjirrrr.

  4. Anonymous

    December 10, 2018 at 1:03 pm

    Dari upload gambar stereng kereta tu, cuba upload atau share video pakwe baca yassin. baru betul dgn statement “Saya pula bukannya memandang paras rupa dan kedudukan, sebaliknya hati budi serta keteguhan agama menjadi keutamaan”.

  5. Suraya

    December 10, 2018 at 11:51 am

    Bf dia ni mmg baikla..dia ex student skolah aku..mmg kaya budak ni..tp sgt hormat kat cikgu dan kawan2..smpai sekarang dia masih beri sumbangan kat sekolah n rajin dtg sekolah tnye kabar cikgu.. Xsombong pun..korang xbaik tuduh macam2..elfie ni mmg jenis budak laki ada adab..kaya beradab dan xpoyo..

    • Anonymous

      December 10, 2018 at 12:39 pm

      Rasanya tak ada org duk kutuk boyfriend dia ni. Org kutuk ruhainies je haha.

    • Fak kpork

      December 10, 2018 at 9:54 pm

      Bila dengar cerita kau pasal budak laki ni aku rasa sedih pulak. Yelah, dlm byk2 pompuan kenapa mesti ruhainies ni walaupun dr cerita kau he deserves better. Well kalau dah jodoh xleh nak kata apalah

Loading...
To Top