Setelah Dakwa Kereta Mewah Milik Shuib Sepahtu Disita, ‘Jabatan Netizen’ Tumpu Harga Jam Tangan Bernilai Hampir RM 4 Juta

Hiburan

Setelah Dakwa Kereta Mewah Milik Shuib Sepahtu Disita, ‘Jabatan Netizen’ Tumpu  Harga Jam Tangan Bernilai Hampir RM 4 Juta

Sementelah kecoh di media sosial bahawa Shuib Sepahtu dipanggil Badan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes penggubahan wang haram ataupun lebih dikenali sebagai Macau Scam, pelakon serta pelawak ini terus mendapat perhatian netizen.

Beberapa hari lepas keluar pula spekulasi mendakwa kereta mewah milik Shuib telah disita oleh SPRM meskipun belum dapat dipastikan kesahihannya. Semalam, kecoh pula apabila netizen ‘mengorek’ perihal jam tangan yang pernah disarungkan Shuib yang katanya bernilai hampir RM4 juta ringgit.

Advertisement

Ianya menjadi perbualan ramai dan tular apabila seorang individu bergelar ‘Mak Cik Kiah’ di Facebook berkongsi beberapa harga jam tangan pelakon itu yang terdiri daripada beberapa jenama mewah seperti Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille.

Sehubungan itu, datang pula beberapa individu yang membongkarkan harga sebenar jam tangan yang digayakan suami kepada penyanyi terkenal, Siti Sarah itu.

Gara-gara harga aksesori tangan yang bernilai antara RM60,000 hingga jutaan ringgit itu, ramai netizen telah tampil memberikan komen pelbagai terhadap isu tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom tampil menjelaskan kekecohan yang berlaku dan memberitahu bahawa hanya Shuib yang diminta hadir memberi keterangan kepada SPRM manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya itu.

Siasatan kes tersebut kini diletakkan di bawah Unit Siasatan Penggubahan Wang Haram (AMLA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...