Seronok Berpelukan, Pasangan Kekasih Terkejut Tiba-Tiba Kena Acu Pisau, Disamun Dalam Lif

Kehidupan

Seronok Berpelukan, Pasangan Kekasih Terkejut Tiba-Tiba Kena Acu Pisau, Disamun Dalam Lif

Tular di media sosial rakaman dua orang remaja yang dipercayai pasangan kekasih disamun lelaki bersenjatakan pisau di dalam lif di sebuah apartmen di Desa Aman Puri, Desa Jaya, Gombak.

Menerusi rakaman  kamera litar tertutup (CCTV), video memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar berwarna putih tiba-tiba meletakkan pisau di bahagian leher mangsa.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12.40 malam dan laporan daripada seorang lelaki tempatan yang berusia 17 tahun telahpun diterima.

Difahamkan, suspek memaksa mangsa menyerahkan barang berharga dan mangsa kerugian sebuah telefon bimbit serta tiada kecederaan dilaporkan.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan.

Menurut beliau juga, usaha mengesan dan menahan suspek masih lagi diteruskan dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ishak Abu Bakar di talian 03-61262222/011-39032329.

gelandangan
2 years ago

Dihentak 20 Kali Dengan 'Handphone', Wanita Cedera Teruk Disamun Gelandangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...