June 29th, 2020

Pelakon berbakat, Reen Rahim kini sedang giat mempromosikan filem terbaru, Town Mall yang boleh dilanggan di Astro First saluran 480. Dia yang membawa watak  sebagai Akma, dia mengakui proses untuk membawa watak itu agak mencabar.

Reen yang merupakan seorang yang tidak gemar menonton filem seram atau hantu itu mengatakan dia mengambil keputusan untuk beraksi dalam filem tersebut adalah kerana ingin mencabar diri sendiri.

“Saya sendiri tak gemar menonton filem seram atau hantu. Bila mendapat tawaran untuk berlakon filem Town Mall, saya cabar diri sendiri. Saya akui sukar bawa watak Akma tapi saya cuba sehabis baik. Terima kasih kepada pengara serta pelakon lain dan krew penggambaran kerana banyak memberikan kerjasama,”

Reen yang ditemui oleh Gempak.com berkata, dia sudah serik dan tak ingin lagi kerana sering terbawa-bawa watak yang dilakonkannya dalam sesebuah drama atau filem. Dia juga menganggap bahawa perbuatan terbawa-bawa watak ke luar set dan dunia realiti sebagai sesuatu yang menyukarkan hidupnya.

View this post on Instagram

Woi tido ar

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim) on

“Saya tahu kadang-kadang ada pelakon terbawa-bawa watak yang mereka jayakan sehingga ke luar set penggambaran. Saya sendiri tak suka perkara terbabit kerana ia menyukarkan saya. Habis sahaja shooting, saya masuk ke dalam kereta, saya terus ‘buang’ watak yang saya lakonkan dan kembali menjadi Reen Rahim,”

View this post on Instagram

I am mine.

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim) on

Filem bertajuk Town Mall yang dibintangi oleh Reen Rahim ini merupakan adaptasi daripada novel seram karya Hasrudi Jawawi turut menampilkan para pelakon seperti Datuk Seri Eizlan Yusof, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz dan ramai lagi.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...