Sering Semput & Letih Lepas Dijangkiti COVID? Doktor Ini Ajar Teknik Pernafasan Yang Betul!

Kehidupan

Sering Semput & Letih Lepas Dijangkiti COVID? Doktor Ini Ajar Teknik Pernafasan Yang Betul!

Rasanya semua sedia maklum mengenai gejala ‘long covid’ di mana seseorang yang pernah dijangkiti COVID-19 akan mengalami kesan sampingan berpanjangan meskipun sudah bebas daripada wabak tersebut.

Antara simptom yang sering dialami bekas pesakit COVID-19 adalah seperti rasa letih berpanjangan, batuk, sukar bernafas dan susah untuk tidur.

Advertisement
Simptom Long CovidSumber : MKN  

Baru-baru di TikTok, perkongsian seorang pengamal perubatan Dr Hadi Othman tentang beberapa teknik pernafasan yang boleh diamalkan mungkin boleh menjadi panduan buat mereka di luar sana.

Video tersebut yang telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan itu memperlihatkan tentang cara-cara teknik pernafasan yang betul bagi membantu mengurangkan rasa semput dan penat akibat luka daripada kesan virus COVID-19.

Apa yang boleh anda lakukan berdasarkan video yang dikongsikan oleh Dr Hadi adalah seperti berikut.

1.Tarik nafas perlahan-lahan kemudian tahan 5 saat, lepaskan perlahanlahan.

2.Tarik nafas, tahan dua saat dan lepas nafas dengan kuat dan lama.

3.Tarik nafas, tahan dua saat dan lepas dengan kuat dan laju.

Difahamkan, teknik pernafasan ini boleh juga mengurangkan tekanan dan anxiety yang biasanya terjadi kepada individu yang mengalami kesan ‘long covid’ yang teruk.

Selamat mencuba!

tipu status positif
9 bulan lalu

Tipu Status Positif COVID-19 Di MySejahtera, Majikan Ini Ambil Keputusan Pecat Pekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...