Sering Kesana Kesini, Netizen Bengang Aliff Syukri Ingkar PKP

Hiburan

Sering Kesana Kesini, Netizen Bengang Aliff Syukri Ingkar PKP

Sudah masuk tahap ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih ada lagi yang berdegil untuk keluar sesuka hati. Kali ini, undang-undang lebih ketat dan pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja wakil ahli keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan atau ubat sahaja.

Advertisement

Namun, hangat diperkatakan kini apabila jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang dilihat masih kesana kesini, berulang-alik dari Janda Baik, Pahang ke Kuala Lumpur, sedangkan pihak kerajaan sudah pun mengeluarkan arahan bahawa rakyat tidak boleh pegi ke mana-manta tempat melebihi radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.

Malah, anak-anaknya juga yang sebelum ini tinggal bersama Datin Seri Nur Shahida kini bersama dengan bapa mereka.

aliff syukri ingkar pkp

“Degilnya ingkar PKP, macam mana boleh lepas?”

aliff syukri ingkar pkp aliff syukri ingkar pkp

aliff syukri ingkar pkp aliff syukri ingkar pkp

Rata-rata netizen bengang dengan sikap degil Aliff yang didakwa mengingkar arahan PKP.  Mereka mempertikaikan tindakannya, tidak adil untuk rakyat lain yang patuh duduk di rumah, tetapi usahawan itu pula boleh pergi ke mana-mana sahaja dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

aliff syukri ingkar pkp aliff syukri ingkar pkp

Kami harap Aliff ada penjelasan kukuh disebalik tindakannya itu. Dalam keadaan genting ini amat penting untuk kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan bersama.

Apa-apa pun, harapnya orang ramai terus mengikuti arahan sepanjang tempoh PKP 2 ini. Kalau tiada urusan penting, duduk rumah sahaja agar kita dapat segera memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...