Seniman Akan Siasat Kes Farid Kamil – Zed Zaidi

Hiburan

Seniman Akan Siasat Kes Farid Kamil – Zed Zaidi

Kes Datuk Farid Kamil yang mengamuk dan disahkan positif dadah jenis ganja turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi.  Iyalah, setiap apa yang berlaku dalam industri hiburan terutama sekali melibatkan anak seni sudah menjadi tanggungjawab persatuan tersebut untuk campur tangan dan menyelesaikan masalah yang berlaku.

Menurut Zed, pihaknya akan menyiasat kes Farid secara terperinci sebelum membuat sebarang tindakan kerana kes itu membabitkan pihak polis.  Perkara ini harus diambil kira daripada setiap sudut dan setiap tindakan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

Advertisement

Beri kami (Seniman) masa untuk membuat siasatan lanjut atas apa yang berlaku. Kami tidak boleh terburu-buru untuk ambil sebarang tindakan. Dalam perkara ini, kami perlu mendapat maklumat daripada semua sudut kerana ia membabitkan polis.

Seniman akan cuba membantu apa yang perlu untuk Farid sebaik saja selepas kami mendapat hasil laporan siasatan dilakukan. Apapun, Seniman tetap prihatin dalam apa jua masalah membabitkan artis tempatan meskipun hal yang kecil.

Kami harap siasatan lanjut kes tersebut dapat merungkai segala persoalan tentang tindakan Farid yang berkelakuan aneh.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...