Written by Bella | October 21st, 2018

Mungkin ada yang perasan dan katakan minggu ini agak relaks sahaja tanpa sebarang cerita panas artis yang ingin dipaparkan, tapi mungkin ada yang anda terlepas pandang.

Pelbagai gosip dan kontroversi telah melanda dunia hiburan bukan setakat artis tempatan sahaja tetapi ada juga melibatkan seorang yang beraksi di atas padang bola juga. Fuh, memang panas habis sehingga viral di media sosial.

Tak mahu cakap banyak lagi, jom kita layan top 5 gosip paling hangat dan ‘kebabom’ sepanjang minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

1) VIDEO NAKAL ZAQUAN ADHA VIRAL DI TWITTER

Viral sebuah video seorang lelaki mirip pemain bola sepak Zaquan Adha tanpa memakai baju dan hanya berseluar dalam sambil melakukan aksi nakal di hadapan kamera. Walaupun rakaman tersebut sudah hangat diperkatakan, pihak k Zaquan masih belum tampil dengan sebarang penjelasan lanjut mengenai penyebaran video tersebut.

BACA : Video Nakal Pemuda Mirip Zaquan Adha Dibocorkan Netizen Twitter?

2) FASHA SANDHA DIDAKWA SUDAH BERTUNANG ATAU KAHWIN DENGAN AIDIL AZIZ SECARA SENYAP

Ucapan tahniah bekas suami Fasha iaitu Jejai terhadap selebriti itu menimbulkan pelbagai spekulasi. Ramai yang mempercayai mungkin aktres itu sudah bertunang ataupun bernikah secara senyap dengan kekasihnya Aidil Aziz.

BACA : Fasha Sandha Nafi Gosip Sudah Bertunang, Tidak Pasti Mengapa Bekas Suami Ucap Tahniah Padanya

3) JOEY G DAKWA SAZZY FALAK MABUK DEPAN ANAK-ANAK

Tindakan Sazzy Falak yang seakan campur tangan dalam rumah tangga pengacara antarabangsa Joey G dengan seorang model Patricia K mengundang rasa amarah Joey. Sazzy didakwa mabuk di rumah Joey dihadapan anak-anaknya.

BACA : Joey G Bongkar Sazzy Falak Mabuk Di rumahnya?

4) ZUL ARIFFIN AKUI INTIM DENGAN GADIS UKRAINE

Aktor kacak Zul Ariffin akhirnya mengakui sedang rapat dengan gadis Ukraine yang ditemuinya di Phuket, Thailand. Gadis tersebut juga pernah dikaitkan dengan kontroversi liar bersama Zul.

BACA : Zul Ariffin Akui Intim Dengan Gadis Ukraine Yang Pernah Terpalit Kontroversi Bersamanya?

5) LAGU BARU SAFIEY ILLIAS TIDAK DIKECAM MALAH DIPUJI NETIZEN

Mengikut jejak langkah usahawan kosmetik lain, Safiey Illias baru-baru ini sudah melancarkan lagu terbarunya berjudul Syinta Gila. Apa yang menjadi perdebatan ialah sikap lalang netizen yang sebelum ini memboikot habis-habisan LGBT tetapi sekarang memuji pula lagu tersebut.

BACA :(VIDEO) Lagu Syinta Gila Oleh Safiey Illias Dipuji Netizen

6 responses to Senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

  1. lala says:

    first

    0

    1
  2. Anonymous says:

    Top 5 gosip..x da makna nya..artis2 berbangga ke?!!

    1

    0
  3. #5 TIDAK KURANG PANASNYA

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Ya Allah
    very hard sgt safiey kepit suara sampai sengau!

    0

    0

Leave a Comment

Optional