Pasangan Uqasha Senrose dan Kamal Adli sudah semestinya menjadi tumpuan ramai, media terutamanya selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Program hiburan HLive tidak terlepas untuk bertanyakan pasangan sejoli ini tentang rutin harian mereka sebagai suami isteri sejak bernikah hampir 3 bulan lepas.
Bagaimanapun, Uqasha menjadi perhatian warganet di Instagram HLive apabila dia didakwa tidak menjaga aib suaminya.
Menerusi video tersebut, Uqasha secara melawak cuba mengajuk aksi Kamal berdengkur ketika tidur. Kedua-dua mereka kemudian tertawa sewaktu Uqasha bercerita.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan ini bukan sahaja kelakar di dalam drama tetapi juga in reality.
Bagaimanapun, segelintir netizen dilihat berasa kurang senang dengan tindakan Uqasha dan menganggap dia membuka aib suaminya kepada orang ramai.
Menurut mereka, cerita sebegitu tidak perlu dihebohkan atau dikongsikan kepada umum sebaliknya biarlah hanya mereka suami isteri sahaja yang tahu.
Menyedari isterinya dikritik sebegitu, Kamal tampil mempertahankan Uqasha dan berkata apa yang diceritakannya bukanlah dikira aib.
Biasalah baru berkahwin pasti rasa teruja untuk berkongsi dengan ramai orang terutamanya peminat mereka tentang kehidupan selepas dah berumah tangga.
Anonymous
January 28, 2022 at 2:52 pm
BUNYI EHEM MACAMANA PULOKKKK..HUAHUAHUA..XKAN SHARE BUNYI DENGKUR JA
Anon The Truth Hurt
January 28, 2022 at 1:54 pm
Diorg jeles la tu sebab diorang tidor bunyi oink oink oink sampai jiran tetangga konpius nak panggil perhilitan.
Anonymous
January 28, 2022 at 12:38 pm
Dengkur ja pun bukan aib,yg dikira aib mcm cerita dlm kain,keburukan suami ke itu aib la,positif je la,netizen ni pun lebih2 pulak ya.
Anonymous
January 28, 2022 at 9:58 am
boring la depa dua ni..mcm kau je la kawin…aib bagai simpan sendiri la oi…annoying
Yeye
January 28, 2022 at 5:20 am
Kamal yg pointed out pasal dengkur.. bukan uqasha. Uqasha hanya sambung bila kamal mention ja. Lagi satu, apa la sgt bab dengkur ja pun… korang jumud gila babi da napeh