Sempena Bulan Kemerdekaan ini, Cadbury Dairy Milk Dengan Bangga Ingin Meraikan ‘Rasa Malaysia’ Bersama Anda.

Hiburan

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, Cadbury Dairy Milk Dengan Bangga Ingin Meraikan ‘Rasa Malaysia’ Bersama Anda.

Negara kita yang kaya dengan kepelbagaian bangsa dan budaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Bukan itu sahaja yang memeriahkan Malaysia, paling menarik dan terbaik semestinya makanan di Malaysia!

image

siapa tak suka makan nasi lemak?

Variasi makanan yang berbeza dengan ciri-ciri khas yang melambangkan setiap satu bangsa di Malaysia tetap menjadi kegemaran semua walaupun berlainan latar belakang dan inilah faktor penyatuan rakyat Malaysia yang utama.

Advertisement

image

Salah satu lokasi wajib untuk sarapan di negara kita ialah di kopitiam. Kopitiam ataupun Kedai Mamak sangat sinonim di Malaysia bukan sahaja sebagai tempat untuk menjamu selera tetapi sebagai tempat berkumpul dan berkongsi cerita seluruh rakyat Malaysia.

image

pic kredit : The Angsana

Tidak kira bangsa, semua amat menggemari menu-menu di kopitiam, dan salah satu menu istimewa yang menjadi tarikan ialah Kopi-C.

Oleh itu, Cadbury tampil dengan perisa terbaru untuk Cadbury Dairy Milk iaitu Kopi-C. Rasa yang sangat dekat dengan rakyat Malaysia.

Perisa terbaru yang di buat khas mengikut ‘Rasa Malaysia’ sebenar pasti membuat anda jatuh cinta.

image

Apa itu Kopi-C?

Kopi-c salah satu menu utama di kopitiam, iaitu campuran kopi dengan susu cair yang pasti memikat selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Gabungan rasa coklat yang manis dan kopi yang pekat semestinya sesuatu yang sangat menarik dan anda pasti menyukainya. Rasa yang pastinya sangat sinonim dan dekat dengan rakyat Malaysia.

Cadbury Dairy Milk telah menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia selama lebih 40 tahun. Cadbury Dairy Milk sebagai teman setia dalam apa jua acara dan situasi serta sentiasa memberi kegembiraan kepada semua.

Jenama coklat No 1 di Malaysia, menjadi saksi dalam setiap perayaan yang diraikan dan boleh dikatakan menjadi sebahagian identiti rakyat Malaysia. Coklat yang diperakui halal oleh JAKIM pasti sentiasa menjadi pillihan utama kita semua.

image

Yang paling menarik sempena bulan kemerdekaan ini, Cadbury Dairy Milk ada sesuatu yang eksklusif untuk seluruh rakyat Malaysia. Cadbury Dairy Milk akan bekerjasama dengan kartunis negara Datuk Lat untuk mengilustrasi dan mereka sampul coklat khas edisi terhad untuk perisa-perisa kegemaran rakyat Malaysia.

image

Cadbury Dairy Milk dengan perisa kopi-c ini adalah edisi terhad dan hanya di jual di Malaysia sahaja. Jangan ketinggalan untuk merasai keunikan citarasa Malaysia ini. Buatan Malaysia untuk Malaysia. Dapatkan sekarang di pasaraya berhampiran anda!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...