Semarakkan Pelancongan Domestik, PGPB Bangkit Semula Jamin Sektor Ekonomi Negara

Kehidupan

Semarakkan Pelancongan Domestik, PGPB Bangkit Semula Jamin Sektor Ekonomi Negara

Industri pelancongan domestik perlu dipertingkat semula selepas pandemik Covid-19 melanda negara. Pelaksanaan Gelembung Pelancongan Bersasar bermula hari ini bagi menjamin ekonomi negara dan industri pelancongan kembali beroperasi.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, menyatakan pelaksanaan itu sedikit sebanyak membuka ruang dan juga peluang kepada rakyat untuk melancong dan sektor pelancongan kembali dibuka.

Advertisement

industri pelancongan

Langkah itu sekali gus dapat membantu pekerja yang terjejas dalam sektor  pelancongan kembali meneruskan pekerjaan mereka.

“Rakyat wajar mengambil ruang dan peluang susulan pengumuman kerajaan ini untuk kembali menyemarakkan pelancongan domestik”.

“Saya berharap rakyat di negara ini dapat menjadi pelancong bertanggungjawab dan menikmati pengalaman persembahan kebudayaan tanpa alpa dan leka serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan”.

pelancong

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media. Nancy juga memberi saranan kepada syarikat pelancongan untuk membuat pengiklanan yang menarik seperti harga yang berpatutan dan lain-lain.

Advertisement

Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran merentas negeri dibenarkan dan tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan yang merangkumi pengangkutan dan penginapan yang disediakan.

industri pelancongan

Nancy juga berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan aktiviti secara langsung kembali beroperasi seperti program rasmi kerajaan, televisyen, seni muzik, tari, teater, muzikal dengan kehadiran 50 peratus penonton di kawasan PKPP dan PKPB.

“Berilah peluang kepada penggiat sektor pelancongan, seni dan budaya tempatan untuk membawa anda menikmati layanan Malaysia. Cuti-cuti Malaysia, patuhi SOP. Rakyat Malaysia mampu melakukannya”.

Sama-sama kita jaga kita…

SUMBER

 

 

 

Advertisement

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...