Semanis Vanilla Coklat, Izara Aishah Hiasi Muka Depan Majalah By’U

Hiburan

Semanis Vanilla Coklat, Izara Aishah Hiasi Muka Depan Majalah By’U

Awek pujaan ramai sekarang ini pada pendapat Abang Nara tak lain tak bukan ialah Izara Aishah. Semua ini kerana drama Vanilla Coklat yang telah tamat semalam. Dengar cerita ramai jugak yang hadir untuk menonton episod terakhir Vanilla Coklat di Rasta TTDI semalam. Yang hadir pastinya gembiranya kerana dapat berjumpa dengan Izara.

izara aishah

Advertisement

Apa yang Abang Nara kagumi dengan Izara Aishah ialah sikap keterbukaannya. Izara tanpa segan silu mengakui yang hatinya sudah berpunya. Senang cerita, dah ada pakwe la. Ini sangat berbeza dengan sikap sesetengah selebriti lain yang memang kalau boleh taknak mengaku walaupun dah kantoi terang-terangan. Abang Nara rasa Izara faham dengan mentaliti rakyat Malaysia sekarang yang lebih memandang bakat berbanding kisah kontroversi.

Apa pun jangan lupa dapatkan majalah By’U keluaran April 2012 yang sedang hangat di pasaran kerana ada Izara Aishah selaku cover. Kepada Izara, Abang Nara doakan kejayaan anda di dalam bidang lakonan. Kekalkan sikap merendah diri, bebas kontroversi dan paling penting, teruskan mendalami ilmu lakonan sebanyak mana yang boleh.

P.S: Gadis minum minyak gas kerana sedap.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...