“Semalam Mimpi Aku Bermesra Dengan Realiti..” – Mierul Aiman Juara Hero Remaja 2021

Hiburan

“Semalam Mimpi Aku Bermesra Dengan Realiti..” – Mierul Aiman Juara Hero Remaja 2021

Juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman meluahkan rasa syukur dan gembira selepas berjaya menewaskan tiga lagi finalis program popular itu.

Datuk Rosyam Noor
2 years ago

Datuk Rosyam Noor Anggap Pertandingan Hero Remaja Masih Relevan

Advertisement

Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkata sejak kecil lagi dia sudah memasang impian menjadi seorang penghibur tanah air.

Menurutnya, segala usaha dan hasratnya untuk diangkat sebagai seorang anak seni kini menjadi kenyataan.

Detik indah. Terima kasih Tuhan, atas ruang dan peluang. Tarung berhabis! Dari kecil aku mengimpikan untuk menjadi seorang penghibur. Hanya diri sendiri yang dapat menyinari dan menggelapkan sesebuah pengembaraan.

Mierul, 23, turut memberi penghargaan buat semua pihak yang terlibat kerana sentiasa menjadi tulang belakang buat dirinya.

Hero Remaja 2021

Seiring dengan kemenangan, Mierul membawa pulang wang tunai bernilai RM 10,000, sebuah trofi serta selempang. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Aqil Taqee yang juga dipilih sebagai pemenang gelaran Hero Inspirasi. Fazziq Muqris sebagai pemenang tempat ketiga dan secara tidak langsung Afiq Hilman berada di kedudukan keempat.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...