Semakin Uzur, Mat Sentul Rindu Kawan-Kawan, ” Sejak Sakit Tiada Yang Datang Melawat..”

Hiburan

Semakin Uzur, Mat Sentul Rindu Kawan-Kawan, ” Sejak Sakit Tiada Yang Datang Melawat..”

Seniman lagenda, Mat Sentul dahulunya pernah menjadi penghibur kepada seluruh lapisan masyarakat, tidak kiralah yang tua atau muda di Malaysia.

Mat SentulSumber : Google  

Mula menjadi bintang penghibur dalam industri seni tempatan sekitar tahun 1960-an dahulu, kini namanya hanyalah sekadar memori dan semakin dilupakan.

Advertisement

Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya difahamkan sudah semakin uzur dan terlantar sakit di kediamannya yang terletak di Larkin, Johor.

Dia kini juga memerlukan bantuan daripada anaknya untuk bergerak serta mendapatkan rawatan susulan berterusan daripada Hospital Sultanah Aminah (HAS).

Mat Sentul UzurSumber : Google  

Terbaru, keadaan pelakon veteran itu telah mendapat perhatian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang telah menziarahi pelakon filem Mat Bond itu di rumahnya baru-baru ini.

“Keadaan kesihatan Pak Mat dilihat semakin merudum dimamah usia dengan kebanyakan masa di rumah dia hanya terlantar dan terbaring sahaja. Percakapannya kurang jelas dan perlu dibantu oleh anaknya untuk bergerak kemana-mana.” ujar wakil MAINJ, Nasir Ishak kepada sebuah portal berita.

Mat SentulSumber : Astro Gempak  

Dalam pada itu, meskipun keadaan Mat Sentul semakin uzur namun daya ingatannya masih kuat dan turut meluahkan rasa kerinduan terhadap rakan-rakan seperjuangannya dahulu.

“Mat Sentul rindu untuk bertemu rakan seperjuangannya. Katanya, sejak dia sakit, tak ada rakan artis yang mengunjunginya..” tambah Nasir.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan syafakallah diucapkan buat pelakon lagenda negara, Mat Sentul.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...