“Semakin Berani Mereka Ni!” – Wanita Rohingya Ketuk Pintu Rumah Orang Minta Duit

Kehidupan

“Semakin Berani Mereka Ni!” – Wanita Rohingya Ketuk Pintu Rumah Orang Minta Duit

Belum habis kisah tentang seorang kanak-kanak Rohingya yang bertindak kasar kepada pengguna jalan raya semasa meminta sedekah.

Kini, tular sebuah video yang memaparkan dua orang wanita yang juga warga Rohingya bertindak memasuki kawasan rumah orang awam sesuka hati dan mengetuk pintu rumah untuk meminta sedekah.

Advertisement

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, dia berjaya merakam aksi wanita itu yang menunggu di depan pintu rumahnya telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan golongan tersebut.

rohingya

Ada dua orang yang datang, seorang terlindung di sebalik baju yang tergantung.

Difahamkan, kejadian berlaku di Batu Buruk, Terengganu dan rumah itu tiada pagar, hanya di tepi jalan dan pintu rumah tidak akan menampakkan orang yang berada di dalam rumah.

@idaaleesa kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh? #thisisterengganu ? ????? ?????? – R

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak ketinggalan memberi pelbagai reaksi terhadap tindakan wanita Rohingya tersebut.

“Semakin berani mereka, ini disebabkan kita beri sangat muka kepada mereka tinggal di Malaysia” tulis seorang netizen.

“Kalau saya, terus hubungi pihak polis dan ikut jejak mereka kemana, geram betul saya dengan golongan ni” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Rohingya sindiket minta sedekah
2 years ago

PDRM Kumpul Maklumat, Siasat Kaitan Pengemis Jalanan Rohingya Dengan Sindiket Haram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...