Seller Dapat Review 5 Bintang Sebab Jual Kata-Kata Semangat Dengan Harga 20 Sen

Trending

Seller Dapat Review 5 Bintang Sebab Jual Kata-Kata Semangat Dengan Harga 20 Sen

Macam-macam cara yang digunakan orang zaman sekarang dalam berniaga. Kesemua itu bergantung kepada kreativiti masing-masing dalam perniagaan. Tak kira apa jenis produk sekalipun, kalau ia boleh menyelesaikan masalah pasti akan mendapat perhatian daripada pembeli.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, dia menemukan satu seller yang menjual kata-kata semangat di laman Shopee. Pada awalnya, dia beranggapan itu hanya satu scam saja tetapi hakikatnya itu ialah benar.

Advertisement
kata-kata semangat di shopee

Sumber : Facebook

Kata-kata semangat yang dijual oleh seller itu dijual dengan harga RM 0.20 saja dan perkara tersebut berjaya menarik perhatian warganet.

kata-kata semangat di shopee

Sumber : Facebook

Ada juga yang ingin mencuba untuk membeli kata-kata semangat daripada seller tersebut malangnya ianya sudah sold out.

komen facebook

Menjengah ke laman Shopee milik seller tersebut, kata-kata semangat yang dijual adalah terhad. Hanya satu kata-kata semangat saja ditawarkan untuk setiap pembeli.

kata-kata semangat di shopee

Sumber : Shopee

Rata-rata pembeli kata-kata semangat itu memang berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh seller siap memberi rating 5 bintang sebagai review. 

review shopee

Sumber : Shopee

review shopee

Sumber : Shopee

Korang mana yang perlukan kata-kata semangat bolehlah cuba untuk purchase di laman ini. 

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...