Selepas Putus Dengan Nur Sajat, Coach Yin Kini Temui Pengganti

Hiburan

Selepas Putus Dengan Nur Sajat, Coach Yin Kini Temui Pengganti

Memberi gambaran bahawa dia kini sudah mempunyai pengganti dan sedang berkawan rapat dengan seorang wanita bernama Yeen, bekas kekasih hati usahawan kontroversi Nur Sajat dikhabarkan dengan hangat bercinta.

Coach Yin Temui Pengganti Sajat

Advertisement

Menerusi muat naik sebuah rakaman video di laman Instagramnya, Yin dilihat sedang membeli seutas jam tangan berjenama bersama Yeen di butik mewah.

Menurut Yin, wanita itu mempunyai raut wajah seakan pelakon dan pengacara Mira Filzah serta mempunyai ciri-ciri wanita idaman yang diinginkan.

“Sebab pandai jaga solat, pandai masak, pandai jaga budak, sekali tengok macam Mira Filzah, dua kali tengok macam yeenazmin.”

Seperti sudah dijangka, perkongsian yang mendapat ribuan tanda suka itu kemudiannya mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut di laman berkenaan. Malah entri tersebut juga dibanjiri kata-kata murni daripada netizen.

Rata-ratanya gembira melihat kebahagiaan Yin di samping mendoakan agar hubungan ini berkekalan memandangkan wanita tersebut dilihat amat sepadan dengannya.

Terdahulu, Yin pernah meluahkan rasa ditipu selepas Sajat mendedahkan teman lelaki baharunya, seorang model yang dikenali sebagai Jad Issa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...