Selepas Konsert Blackpink Dapat Sambutan, Penganjur Berhasrat Bawa BTS Ke Malaysia

Hiburan

Selepas Konsert Blackpink Dapat Sambutan, Penganjur Berhasrat Bawa BTS Ke Malaysia

Selepas kejayaan dan sambutan hangat konsert Jelajah Dunia BLACKPINK 2019 – In Your Area hujung minggu lalu yang memikat hati 14,000 peminat yang dikenali sebagai Blinks, penganjur konsert MacpiePro berhasrat membawa pula kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS ke Malaysia. Wah, tentunya ia berita gembira untuk peminat K-Pop diluar sana terutama sekali ‘fangirl’ dan ARMY BTS.

Advertisement

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro, Ang Chee Ciang, pihaknya masih lagi dalam proses perancangan sebelum sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan K-pop terkenal di dunia itu beraksi di Malaysia.

MacpiePro memang berharap dapat membawa BTS menemui peminat di Malaysia tetapi tiada yang pasti buat masa ini. Kita perlu merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan itu.

MacpiePro sedang berbincang dengan syarikat pengurusan artis Korea terkenal yang lain dan kita berharap dapat menganjurkan konsert mereka di Malaysia untuk memberikan peminat K-Pop konsert yang bagus.

Difahamkan, Konsert Jalajah Asia GFRIEND dan juga Festival Muzik K-Wave 4 juga akan diadakan pada tahun ini.

BTS dianggotai 7 orang ahli serba berbakat iaitu Jin, Jimin, V, RM, J Hope, Jungkook dan Suga.  Sudah lama peminat dahagakan perkhabaran gembira untuk kumpulan tersebut membuat persembahan di Malaysia. Mungkin selepas ini impian mereka akan tercapai.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...