“Selekeh, Taik Letak Atas Meja” – Dah Tegur Tapi Tak Endah, Lelaki Ini ‘Ajar’ Perokok Degil Di Restoran

Kehidupan

“Selekeh, Taik Letak Atas Meja” – Dah Tegur Tapi Tak Endah, Lelaki Ini ‘Ajar’ Perokok Degil Di Restoran

Meskipun larangan merokok di tempat makan masih berkuat kuasa, namun masih ada ramai perokok seperti tidak mengendahkan hal itu. Malah, apabila ada orang lain yang menegur tindakan mereka itu ada sesetengah yang akan ;naik angin’.

Seorang bapa berkongsi kisah tentang situasi di mana perokok tegar ‘diajar’ selepas tidak bertolak ansur dengan pelanggan lain yang tidak merokok di sebuah restoran.

Advertisement

Menurut Eddie Dieana, ketika itu dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang bersarapan di kedai tersebut. Tidak lama selepas itu, dia menyedari ada individu di sebelah mejanya menyalakan rokok.

 

Tak peduli teguran

Asap rokok tersebut tidak terkena padanya dan keluarga namun disebabkan angin, asap tersebut menghala ke meja makan yang lain. Katanya, kerana marah dengan perokok tersebut pelanggan itu bangun untuk menegurnya.

Bro, kalau nak hisap rokok boleh hisap jauh sikit tak? Asap rokok kena dekat anak-anak akulah.”

Namun, malangnya teguran tersebut tidak diendahkan oleh perokok itu sebaliknya dia menjawab dengan angkuh dan berkata,

Aku hisap rokok dekat meja aku je. Tak ada kaitan pun dengan meja makan kau. Kalau kau tak boleh nak bau, kau pindahlah meja lain.”

 

Kena ‘ajar’ balik

Lelaki yang menegur itu terdiam dan menggelengkan kepala dengan cara perokok tersebut menjawab namun tidak lama selepas itu, dia mendapat satu idea untuk ‘mengajar’ semula perokok tersebut.

Kebetulan pula, anaknya berak ketika itu, dia lantas membuka pampers yang dipenuhi najid dan membiarkan ianya terbuka di atas meja makan.

Perokok itu kemudian berkata,

Huish, selekeh. Taik pun letak atas meja.”

Lalu dia menjawab,

Ini meja makan aku. Tak ada kaitan dengan meja kau. Kalau kau tak boleh tengok kau pindah meja lain.”

Akhirnya perokok itu bangun dan pindah ke meja paling hujung di dalam kedai makan sambil menggelengkan kepalanya. Eddie yang melihat situasi dan tindakan luar jangkaan itu, hanya tersenyum dan bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan.

Sebenarnya, pemilik atau pengurus kedai juga memainkan peranan penting dalam memastikan tiada pelanggan menghisap rokok di dalam premis.

Boleh baca perkongsian penuh di sini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shaheizy Sam
1 year lalu

"Sampailah Kawan Tegur.." - Shahiezy Sam Kongsi 'Bad Habit' Lama Ketika Merokok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anti melesies

    January 16, 2022 at 7:06 pm

    org melayu mmg cmni.
    nnt kena saman dia kata kena tindas.
    eh bodoh, dah la bangsa melayu, tak faham bahasa melayu.
    lingkup je la hidup ko tu setan

Loading...