Selebriti Perlu Aktif Di Media Sosial Tetapi Bakat Juga Harus Seiringan – Aeril Zafrel

Hiburan

Selebriti Perlu Aktif Di Media Sosial Tetapi Bakat Juga Harus Seiringan – Aeril Zafrel

Baru-baru ini pelakon Izara Aishah meluahkan rasa kecewa apabila beliau tidak diterima berlakon kerana kurang aktif di media sosial dan terkilan kerana bakat dalam lakonan sudah tidak penting lagi.

Advertisement

Berbicara mengenai isu berkenaan, pelakon Aeril Zafrel berpendapat selebriti harus aktif di media sosial agar orang ramai mengetahui perkembangan terbaru tentang diri mereka dan secara tidak langsung mempromosikan karya mereka. Namun, janganlah sampai bakat juga tidak diambil kira kerana kedua-dua perkara ini haruslah seiringan.

Bagi saya, memang penting untuk selebriti aktif di laman sosial dapat membantu produksi serta stesen TV untuk mempromosikan karya mereka. Lebih banyak pengikut, lebih ramai yang tahu apa kita buat.

Tapi janganlah sampai lebihkan sosial media. Saya takut masa akan datang, penonton tidak melihat pada kekurang lakonan seseorang itu. Sebab itu, bakat dan laman sosial kena bergerak seiringan. Sama-sama naik. Kalau kita terlampau fokus platform itu tapi bakat ke laut, susah juga.

Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan juga perlukan keseimbangan begitu juga dengan populariti dan bakat bagi mereka yang bergelar anak seni. Kalau popular tetapi bakat tak ada tiada gunanya juga kerana tidak semestinya populariti itu akan kekal selamanya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...