Selamatkan Bumi Kita Dengan Honda Hybrid

Hiburan

Selamatkan Bumi Kita Dengan Honda Hybrid

Abang Nara ialah seorang yang langsung tidak pandai melukis. Kadang-kadang lukis gambar ayam pun boleh disalah sangka sebagai itik. Senang cerita, Abang Nara memang tak ada bakat seni. Itu yang membuatkan Abang Nara kagum sangat-sangat apabila melihat mural yang dilukis di dalam terowong menghala ke KLCC dan Convention Center.

honda

Advertisement

Cantik gila kan? Projek yang diberikan nama Honda Green project (KLCC Tunnel) ini adalah bersempena dengan pelancaran Hybrid version untuk Honda Insight, Honda CRZ dan Honda Jazz. Abang Nara respek sangat-sangat dengan inisiatif yang dilakukan oleh Honda ini kerana kereta hybrid adalah green dan sangat environmental friendly. Selain daripada itu, ini adalah cara unik Honda untuk memberi sokongan kepada local talent yang sangat berbakat. Antara ketiga-tiga kereta Honda ini, Abang Nara paling suka dengan Honda CRZ. Cantik gila kot!!!

honda

Berbalik kepada Honda Green project (KLCC Tunnel) di terowong menghala ke KLCC dan Convention Center. berbeza dengan kebanyak projek lain, mural yang menampilkan tema Go Green ini telah dilukis sendiri oleh mereka yang terlibat. Selalunya kalau projek sebegini, penganjur lebih suka untuk print dan tampalkan sahaja. Namun pihak Honda telah berkampung di situ selama 2 hari bermula 7 Mei sehingga 9 Mei untuk menyiapkan mural yang awesome ini.

honda

Disebabkan terlalu mengkagumi kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka yang terlibat di dalam projek ini, izinkan Abang Nara berkongsi beberapa lagi gambar untuk tatapan anda semua.

honda
honda
honda

Abang Nara pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kereta hybrid berfungsi untuk membantu bumi kita ini sentiasa hijau. Sebenarnya ianya sangat simple. Selain daripada engin biasa, kereta hybrid turut mempunyai motor elektrik. Motor elektrik ini digunakan ketika untuk start engin, bawak perlahan dan ketika anda sedang mahu memecut. Jadi apabila penggunaan motor eletrik lebih banyak, penggunaan minyak adalah berkurangan sekaligus mengurangkan asap yang terkeluar daripada ekzos kereta. Simple kan?
honda
honda
Kalau dulu memang tak banyak pilihan untuk kereta Hybrid, namun selepas pelancaran 3 jenama besar untuk Honda Hybrid, Abang Nara rasa kita ada lebih banyak peluang untuk membantu kesejahteraan bumi kita. Kawan Abang Nara yang memandu Honda Insight pernah kata yang selain daripada penjimatan minyak (fuel tank 1000km), dia terasa bangga kerana terlibat dalam proses menghijaukan bumi ini.
honda

Abang Nara tabik hormat kepada Honda kerana menjayakan Honda Green Project (KLCC Tunnel) yang sememangnya lain daripada yang lain. Cakap banyak tak guna, hujung minggu ini Abang Nara dan family akan ke sana untuk melihat dengan mata sendiri keunikan mural di terowong KLCC ini. Untuk info lanjut, boleh layari laman web Honda Hybrid.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...