Selama Ini Tidak Heran Pasal Hutang Itu, Tapi Geram Apabila Difitnah DSV – Nabil Ahmad

Hiburan

Selama Ini Tidak Heran Pasal Hutang Itu, Tapi Geram Apabila Difitnah DSV – Nabil Ahmad

Berang apabila dituduh sombong dan tidak menegur usahwan kosmetik, Datuk Seri Vida pada konsert akhir GV5 Ahad lalu, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad semalam mempersoalkan dan menuntut agar DSV membayar segala hutang yang tertunggak.

Advertisement

Menerusi portal mStar Online, Nabil berkata hutang tersebut mencecah puluhan ribu ringgit melibatkan satu projek luar antara mereka sejak dua tahun lalu.

Ya, dia masih belum bayar hutang saya yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lalu. Ia projek dan kerjasama antara kami sebelum ini. Dah lama saya tunggu. Sejujurnya, saya tak heran sangat tentang duit itu tapi saya geram apabila dia fitnah kata saya tak tegur dia masa di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5.  Sebab itu saya tinggalkan komen isu hutang itu di video Instagramnya, selama ini saya tak pernah kisah tentang hal itu.

Nabil menganggap DSV sengaja ingin memperbesarkan perkara itu dan membuat dakwaan palsu sedangkan ramai penonton di dalam dewan menjadi saksi beliau dan Jihan ada menegur bekas penaja program hiburan tersebut.

Kalau nak fitnah pun agak-agaklah, kalau cakap kami tak tegur ramai kat depan tu yang nampak kami panggil. Saya tegur dia dan sempat melambai atas pentas lagi. Dia masuk dewan ketika program sudah mahu berakhir. Tapi tak apalah kalau dah fitnah kami nak buat macam mana. Tidak mengapalah, Allah maha mengetahui.

Buat Nabil tindakan DSV yang mempertikaikan isu berkenaan di media sosial  adalah sangat tidak profesional. Apa salahnya untuk menghubunginya secara peribadi jika ada sebarang rasa tidak puas hati dan menyelesaikannya dengan cara lebih matang.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...