“Selalunya Yang Tak Ori Melebih-lebih Tunjuk Kewanitaannya” – Doktor Kongsi Tips Bezakan Wanita ‘Tulen’ Atau ‘Jadian’

Kehidupan

“Selalunya Yang Tak Ori Melebih-lebih Tunjuk Kewanitaannya” – Doktor Kongsi Tips Bezakan Wanita ‘Tulen’ Atau ‘Jadian’

Menerusi Instagram, doktor yang juga seorang personaliti TV serta influencer, Say Shazril berkongsi pendapat dan tips untuk membezakan wanita asli dan transeksual.

Tips itu diberikan selepas ada seorang pengikutnya bertanyakan hal tersebut melalui ruangan komen di gambarnya baru-baru ini.

Advertisement

Nak tanya ni, cara beza perempuan ori dengan convert (pada) bahu dan rahang dia kan doktor?”

BACA: “Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising” – Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

Kata Dr Say, dia berfikir panjang untuk memikirkan sama ada mahu menjawab soalan tersebut atau tidak. Namun, dia akhirnya memberikan penjelasan dengan membalas komen tersebut.

Mengulas lanjut, dia berkata struktur badan transeksual memang boleh nampak ‘kejantanannya’ selain berpendapat golongan ini mempunyai cara berjalan dan body language seolah-olah mereka adalah wanita.

Struktur badan tu kalau yang tak ori memang boleh nampak kejantanannya dan dia melebih-lebih sikit nak tunjuk kewanitaannya.”

Akuinya, selepas mempunyai banyak pengalaman hidup dia kini sudah boleh membezakan jika seseorang itu benar-benar wanita atau transeksual hanya dengan sekali pandang sahaja.

Individu yang bertanyakan soalan tersebut kepadanya dilihat membalas semula penjelasan Dr Say dan mengucapkan terima kasih kerana sudi luang masa untuk menjawab.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...