Selalu Mati Awal Bila Main PUBG Kat Smartphone? Ini Cara Paling Senang Untuk Anda Dapatkan “Chicken Dinner”

Hiburan

Selalu Mati Awal Bila Main PUBG Kat Smartphone? Ini Cara Paling Senang Untuk Anda Dapatkan “Chicken Dinner”

PUBG kini memang menjadi kegilaan sebahagian Malaysia, lebih-lebih lagi selepas ia dilancarkan untuk para pengguna smartphone.

image

Advertisement

Abang Nara ada try jugak main PUBG Mobile nie, tapi memang selalu mati awal je lah. Tak pernah nak dapat “chicken dinner”. Kiranya diri ini boleh masuk kategori “noob” la. Habis macam-macam tips dan teknik yang Abang Nara dah cuba, namun masih tiada perubahan yang memberangsangkan. Still no “chicken dinner” for me.

image

orang lain dah sampai 100 kali “chicken dinner”, Abang Nara sekali pun tak pernah. Sedih….

Dalam banyak-banyak tips yang Abang Nara baca, cuma satu je lagi yang belum Abang Nara cuba. Tips itu tidak lain tidak bukan ialah bermain PUBG Mobile menggunakan smartphone Honor Play.

image

Ada juga Abang Nara mendengar ura-ura tentang teknologi Honor Play ini. Meh sini Abang Nara nak jelaskan sikit. Peranti gaming pertama honor Play yang hadir bersama teknologi GPU Turbo ini mempunyai reka bentuk yang moden, sesuai untuk pemuda-pemudi yang ingin bergaya tanpa berbelanja berlebihan. GPU Turbo yang berperanan dalam meningkatkan kelancaran grafik peranti semasa bermain permainan berat, ia juga mampu mengurangkan penggunaan tenaga.

Buat masa ini, teknologi GPU turbo hanya mampu untuk menyokong permainan mudah alih PUBG dan juga Mobile Legends.

Malah GPU Turbo ini memberikan 60% lebih efisiensi, 30% pengurangan penggunaan tenaga dan 25% lebih penjimatan bateri. Lebih awesome, anda tidak akan mengalami ‘lagging’ atau masalah ‘smartphone panas’ sekiranya menggunakan Honor Play untuk bermain game kegemaran anda.

Walaupun diklasifikasikan sebagai peranti atasan kelas pertengahan, ia hadir dengan cip pemprosesan premium Kirin 970 yang digunapakai oleh kebanyakan peranti perdana Huawei.

Dengan processor prestasi tinggi bagi yang dikhusukan untuk permainan mudah alih, Honor Play turut hadir dengan beberapa ciri yang hebat. Paling hebat adalah ciri 4D Gaming Experience with Smart Shock – atau nama lainnya sistem vibration yang menggegarkan Honor Play mengikut profail senjata dan situasi di dalam permainan mudah alih.

image

tengok tue kualiti gambar PUBG Mobile di Honor Play. Awesome gila-gila

Dengan skrin 6.3 inci Fullview HD, korang pasti akan terasa seperti sedang berjuang di dalam ‘real life’ ketika bermain PUBG Mobile menggunakan Honor Play ini. Pengguna juga turut boleh menikmati pengalaman bunyi 3D apabila dihubungkan bersama fon kepala ke peranti ini.

Memang puas hati sangat-sangat kalau anda ada seorang yang gila bermain game di smartphone!!! Kalau anda semua nak tahu, antara ciri-ciri Game Suite adalah untuk memastikan sesi PUBG atau mana-mana permainan mudah-alih anda tidak akan terganggu. Game Suite mampu menghalang applikasi pilihan anda seperti Whatsapp, Telegram dan sebagainya.

Selain itu terdapat ciri-ciri yang lain seperti “High Performance Mode” akan mengoptimasikan penggunaan grafik untuk permainan mudah-alih seperti PUBG.

image

Sekiranya anda bermain game tiba-tiba awek kesayangan suruh hantar gambar selfie, tak perlu risau kerana Honor Play dilengkapkan dengan dwi-kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 16MP. Kameranya turut dilengkapi dengan sistem AI untuk memastikan wajah anda sentiasa kacak, bergaya dan mampu mencairkan hati si kekasih. Memang awesome kan?

image

Honor Play ditawarkan pada harga RM1,249 mulai 10 Ogos di seluruh Negara. Kalau anda ada di kawasan IOI City Mall dari 10-14 Ogos, anda mungkin layak untuk mendapatkan hadiah dan aksesori tambahan sebanyak RM547! Memang berbaloi-baloi untuk dimiliki sekiranya anda ingin menjadi seorang kaki gamer yang sejati, Seiring dengan slogan “playmorepayless” mereka.

Abang Nara pun pasti akan beli satu untuk memastikan impian dan cita-cita mendapat “chicken dinner” di dalam PUBG Mobile akan tercapai. Maklumat lanjut tentang Honor Play ini sila layari laman rasmi Honor Play & Shopee .

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...