Selalu Lupa Lirik, Zamani Sebenarnya Sakit Teruk Dan Berdepan Risiko Lumpuh

Hiburan

Selalu Lupa Lirik, Zamani Sebenarnya Sakit Teruk Dan Berdepan Risiko Lumpuh

Kehebatan yang ada pada Zamani dengan bakat semulajadi dalam bidang nyanyian membuatkan beliau cukup disegani. Meskipun tidak bergelar juara Gegar Vaganza 5, beliau tetap dianggap sebagai pemenang di hati rakyat Malaysia.

Advertisement

Mendapat tempat ketiga, tiada siapa tahu dugaan yang ditanggung oleh Zamani untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu. Sebelum ini, ramai yang hanya tahu mengkritik saat beliau lupa lirik ketika menyanyikan lagu Dekat Padamu.

Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya Zamani sudah beberapa tahun menghidap penyakit Skoliosis iaitu sakit tulang belakang bengkok dan melengkung.

Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lumpuh jika pembedahan tak berjaya. Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan sakit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus.

Sejak mengalami sakit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu. Itu yang sepanjang dalam GV, saya selalu lupa lirik.

Zamani akan memanfaatkan wang kemenangan RM30,000 yang dimenangi olehnya semalam untuk menampung kos rawatan untuk sakitnya itu. Siapa sangka disebalik usaha beliau untuk menghiburkan semua, Zamani menyembunyikan kesakitan beliau. Sama-sama kita doakan agar beliau lekas pulih.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Instagram Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...