Written by AbangNara | December 18th, 2017

Memasuki usia 34 tahun, badan Abang Nara sudah mula mudah lesu dan tidak bermaya. Perlahan-lahan badan sudah dimamah usia. Kalau masa muda remaja tenaga banyak sampai ke malam, kini masuk waktu tengah hari je dah mula kelesuan dan kepenatan.

kalau dulu sampai ke malam boleh round satu Penang, sekarang masuk pukul 2 dah penat yang amat sangat

Seiring dengan peningkatan usia, Abang Nara mempunyai beberapa cara untuk menghilangkan rasa lesu dan tidak bermaya ini. Iyerlah, tak bolehlah sentiasa nak berehat dan tidur je kan? Anak-anak kena jaga, kerja kena disiapkan dan rumah perlu dikemas. Kalau asyik rehat dan tidur je siapa nak siapkan semua tue? Jadi Abang Nara mengamalkan 5 cara di bawah untuk kembali mencas tenaga dalam badan:-

1. Bersenam 3 kali seminggu

exercise

Punca utama kelesuan badan ialah kerana darah tidak mengalir dengan lancar ke seluruh badan. Tiada cara lain untuk melancarkan peredaran darah selain daripada bersenam. Selain daripada bermain dengan anak hampir setiap petang di luar rumah, Abang Nara juga cuba untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Penat memang penat, tetapi badan terasa lebih ringan, bertenaga dan cergas selepas bersenam.

2. Tidur awal

shutterstock-sleeping-child

Sekiranya tiada sebarang kerja urgent, Abang Nara akan pastikan diri ini masuk tidur awal. Paling lambat tidur pukul 11 malam. Dah tua-tua ini Abang Nara sedar bahawa badan perlukan tidur yang secukupnya untuk mengharungi hari esok. Kalau tertidur lambat, pasti keesokan harinya Abang Nara akan cepat penat dan lesu.

3. Minum Red Bull

Seandainya ketika sedang bekerja tiba-tiba terasa lesu, tidak bermaya dan penat, cara paling mudah untuk Abang Nara atasi semua itu ialah dengan meminum Red Bull. Memang Abang Nara akan pastikan setin Red Bull sentiasa berada di sisi ketika sedang bekerja. Lepas je minum, terasa badan kembali dicas dengan tenaga. Semangat pun berkobar-kobar. Tangan pun lebih pantas menaip, otak pun ligat berfikir, kerja pun siap dengan lebih cepat. Memang hebat betul penangan Red Bull ni.

4. Cuba tidur tengah hari

power-nap_2693217k

Kadangkala segigih mana pun Abang Nara cuba melawan kelesuan dan kepenatan, badan Abang Nara memang tidak mampu untuk bertahan. Nak tak nak Abang Nara akan lelapkan mata di waktu tengah hari sekurang-kurangnya selama 30 minit. Lepas bangun tidur, memang terasa badan “refresh” terus!!! Omputih kata “power nap”. Memang berkesan cara ini. Korang kena cuba!!!

5. Sentiasa bersarapan

pexels-photo-128865

Sarapan adalah makanan paling utama yang WAJIB diambil sekiranya anda ingin mempunyai tenaga yang secukupnya sepanjang hari. Jangan sesekali “skip” sarapan. Kalau tak dapat nasi lemak, roti canai pun jadilah. Yang penting kena makan. Bila bersarapan, kita akan rasa ada tenaga yang banyak untuk membuat sebarang kerja. Kalau tak sarapan, memang lesu badan dibuatnya.

Itulah beberapa cara untuk Abang Nara menghilangkan kelesuan dan rasa tidak bermaya badan ini. Memang perkara ini adalah satu cabaran buat Abang Nara, lebih-lebih lagi dengan kehadiran 3 orang yang mahukan perhatian. Apa pula cabaran dan cara untuk anda mengatasi kelesuan badan?

Setiap minggu pasti ada 90 orang bertuah yang bakal memenangi hadiah mingguan! Kongsikannya bersama Red Bull untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 di http://redbull.com.my/peraduanchargeahead/index.php.

Senang je cara nak sertai peraduan “Red Bull Start Right, Charge Ahead” ini. Anda hanya perlu BELI, SIMPAN dan JAWAB sahaja. Peraduan ini telah bermula sejak 16 Oktober lalu dan akan berakhir 31 Disember ini. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan “Red Bull Start Right, Charge Ahead” ini sila layari http://redbull.com.my/peraduanchargeahead/cara.php. Selamat mencuba!!!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to Selalu Lesu & Tak Bermaya? Ini 5 Cara Abang Nara Praktikkan Untuk Hilangkannya

  1. nok gataii says:

    byk btol ruangan iklan….promote brg…promote itu ini…haiihh!!

    4

    0
  2. Fatiya Latip says:

    lepas bekeluarga ni muka abg nara makin buruk..xjaga penampilan langsung..tgk shuib sepahtu walaupon muka non hado lagi kacak dari abg nara..choiiii

    4

    0
  3. Farah says:

    Omputih kata power nap. Org Islam kata qailullah bang nara

    0

    0
  4. rinarina says:

    Red Bull banyak kandungan gula…..

    1

    0
  5. kakak cantik says:

    X elok minum red bull abg nara

    0

    0