“Selalu Dengar Berita Je..” – 4 Gadis Trauma Jumpa Bayi Masih Bertali Pusat Sudah Dihurung Lalat

Kehidupan

“Selalu Dengar Berita Je..” – 4 Gadis Trauma Jumpa Bayi Masih Bertali Pusat Sudah Dihurung Lalat

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nisa Rina yang memaparkan detik cemas apabila dia bersama 3 rakan lain terjumpa seorang bayi yang dibuang di kaki lima.

Menerusi video tersebut, mereka yang juga merupakan pelajar di sebuah universiti terkejut apabila menemukan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan tubuhnya masih mempunyai bekas air ketuban.

Advertisement

Malah, apa yang menyedihkan adalah keadaan bayi ketika dijumpai sudah dihurung lalat dan badannya sudah kebiruan.

Waktu kami sampai, kami ingat dia dah takde.

@nisa_rinaa

Selalu dengar dari berita kes buang bayi, harini experience sendiri kes bayi yang dibuang. Sumpah sepanjang dengan baby ni sebak, nangis, sedih, marah, kecewa semua ada. Tolonglah bertanggungjawab for your actions even if it’s a mistake #foryoupage #fypppppp #fyp #fypp

? original sound – Nisa Rina IV – Nisa Rina IV

Susulan itu, tanpa berlengah masa mereka terus menghubungi pihak petugas perubatan untuk datang membawa bayi tersebut bagi menerima rawatan selanjutnya.

Namun, selepas kejadian itu terjadi dapat dilihat pada raut wajah gadis-gadis itu yang seakan tersentuh sehingga tidak dapat menahan sebak dan trauma kerana mengenangkan nasib bayi berkenaan.

Info terkini, bayi perempun itu kini telah diberi nama Hawa oleh kakitangan perubatan dan difahamkan sudah ada individu yang ingin mengambil sebagai anak angkat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memuji tindakan empat gadis itu yang berani dan cepat bertindak untuk menyelamatkan nyawa bayi berkenaan selain berterima kasih kepada mereka.

Terbaik untuk tindakan pantas semua yang terlibat – Netizen.

Terima kaish student kerana selamatkan baby ni. Moga dipermudahkan urusan sentiasa, exam mudah jawab dan cemerlang, dapat orang-orang yang baik dalam hidup,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dr kena kecam
2 years ago

"Guna Tangga, Cegah Penyakit" - Minta Kerajaan 'Ban' Orang Muda Guna Lif, Doktor Ini Dikecam Teruk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...