Selalu Berebut Remote TV Dengan Anak? Ini Penyelesaiannya

Hiburan

Selalu Berebut Remote TV Dengan Anak? Ini Penyelesaiannya

Salah satu dilema ayah kepada 3 orang anak ialah peratusan peluang untuk menonton sluaran feveret Astro di kaca televisyen hampir 0% . Asyik-asyik si Aariz, Arissa dan Alara akan terpacak depan tv dan layan channel 611,612,613, 614 dan 615. Kartun wajib diorang tak lain tak bukan Mickey Mouse, Sofia The First, Upin Ipin, PJ Mask dan yang seangkatan dengannya. Kalau gatal tangan tukar channel lain, memang boleh bergaduh jadinya. Hehehe.

astro on the go

sekarang nie pulak sibuk layan Moana

Nasib baiklah Abang Nara sejak dari dulu lagi memang dah gunakan applikasi Astro on the Go di handphone untuk menonton program kegemaran Abang Nara seperti Running Man, Million Dollar Listing dan siaran langsung match bola EPL. Terbaru, applikasi Astro on the Go telah pun bertukar nama kepada Astro GO. Banyak pembaharuan serta upgrade telah dilakukan bersempena nama baru ini. Antaranya interface yang lagi kemas serta teratur, kandungan yang lebih relevan berdasarkan citarasa setiap individu dan paling penting, pelanggan Astro yang telah mendaftar dan menghubungkan akaun Astro GO mereka, berpeluang menikmati tontonan PERCUMA untuk SEMUA saluran televisyen dan kandungan On Demand di Astro GO tanpa mengira pakej yang dilanggan bermula 1 April sehingga 31 Mei 2017 ini.

Advertisement
astro on the go

Abang Shahzeeq muka terlebih excited mencuba applikasi Astro GO yang baru nie

Ok mesti anda semua excited kan? First thing first, kenalah download dulu applikasi Astro GO ini sama ada di Google Play Store atau pun Apple Store. Lepas itu jangan lupa daftar masuk menggunakan akaun Astro anda. Kalau belum mendaftar atau terlupa username dan password, boleh layari www.astro.com.my.

astro on the go

senang je nak download dan nak login. Yang penting username dan password tue jangan lupa

Bila dah login, ini dia muka depan Astro GO yang akan terpampang.

astro goMemang nampak lebih kemas dan lebih mudah untuk dilayari kan?. Antara ciri-ciri baru dan menarik Astro GO ini ialah:-

astro on the go

tue dia semua ciri-ciri baru yang superb dan best

Antara banyak-banyak ciri baru Astro GO ini, salah satu yang paling Abang Nara suka ialah Download2GO. Kalau korang suka pergi bercuti memang best sangat feature nie. Sebabnya boleh download program kegemaran korang dan layan ketika dalam perjalanan atau ketika di dalam hotel. Anak-anak Abang Nara memang suka lah kalau dapat tengok Sofia The First, Mickey Mouse Clubhouse sambil on the way ke tempat percutian. Sekurang-kurangnya tak adalah diorang menangis atau bergaduh dalam kereta. Tenang dan aman sikit Abang Nara memandu.

astro on the go

orang-orang kuat di sebalik applikasi Astro GO

Satu lagi ke”best”an Astro GO ini ialah 3 saluran ekslusif yang hanya ada di applikasi ini. Kat TV pun tak ada. Saluran-saluran ini ialah Comedy Central buat mereka yang gemar dengan lawak jenaka; K-PLUS buat peminat tegar drama Korea; dan ANIPLUS yang membawakan anime dan budaya pop Jepun yang terbaru. Antara tiga-tiga saluran ekslusif ini, feveret Abang Nara sudah tentu K-PLUS. Banyak betul drama-drama Korea best yang boleh dilayan bila-bila masa, di mana-mana sahaja menerusi saluran ini. Terbaik sangat-sangat.

astro on the go

free of charge, free of wire and tak perlu tv untuk layan Astro. Awesome

Tapi dalam banyak-banyak ciri-ciri baru Astro GO, benda yang paling best bagi Abang Nara ialah tidak perlu berebut remote tv dengan isteri dan anak-anak di hujung minggu. Isteri Abang Nara setiap hari Sabtu malam je mesti nak tengok drama Korea kegemaran dia, sementara anak-anak nak tengok kartun. Abang Nara pula nak layan siaran langsung perlawanan bola sepak EPL. Dengan Astro GO, Abang Nara akan berbaring di atas sofa menemani anak-anak layan kartun sambil tangan memegang handphone melihat live game bola. Wife pulak tengok drama Korea kat handphone dia juga menerusi Astro Go. Semua orang dapat tengok rancangan feveret masing-masing tanpa sebarang masalah. Tak ada nak gaduh-gaduh. Semua pun happy. Terima kasih Astro Go sebab Abang Nara dapat “Watch Astro Withou TV”.

astro on the go

free of charge, free of wire and tak perlu tv untuk layan Astro. Awesome

Jadi korang tunggu apa lagi? Downloadlah applikasi AStro GO sekarang juga sementara boleh layan semua saluran PERCUMA sehingga 31 Mei ini. Untuk makluman lanjut, layari www.astrogo.com. Selamat menonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...