Selain Sofi Jikan Polis Kenal Pasti Dua Lagi Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Aniaya Farid Kamil

Hiburan

Selain Sofi Jikan Polis  Kenal Pasti Dua Lagi Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Aniaya Farid Kamil

Susulan penahanan pelakon Sofi Jikan semalam selepas disahkan positif dadah jenis ganja, pihak polis menerusi portal BH ONLINE memberitahu sudah berjaya mengenal pasti dua lagi individu yang disyaki terbabit dalam  pendedahan Datuk Farid Kamil dimana beliau mendakwa 3 rakan artis menganiaya beliau dan memasukkan dadah dalam minumannya.

Advertisement

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan.

Pelakon Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman. Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan.

 Sofi ditahan reman selama tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...