Kalau anda lihat, sekarang ini seakan sudah menjadi trend untuk mereka yang bergelar selebriti mengeluarkan jenama baju mereka sendiri. Namun, kualitinya ada yang tidak kena dengan harga yang boleh mencecah ratusan ringgit untuk sehelai baju.
Perkara itu mendapat perhatian pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim yang menyelar selebriti tidak mempunyai ilmu pengetahun dalam bidang fesyen tetapi tetap ingin mengeluarkan jenama sendiri semata-mata untuk mengaut keuntungan sahaja.
Fesyen adalah satu industri yang serius dan dipandang tinggi, jadi bagi segelintir artis yang kurang tawaran berlakon atau jualan album tidak memberangsangkan, kemudian cuba untuk menjual baju. Tolonglah jangan! Selagi saya masih hidup dan ada dalam industri ini, jangan pernah berani. Jangan perkosa industri fesyen.
Betul juga apa yang dikatakan oleh Rizalman, banyak juga artis yang tidak mementingkan kualiti dan hanya main tangkap muat untuk berniaga tanpa sebarang ilmu pengetahuan. Apa pula pendapat anda?