“Sekadar Marketing” – Wanita Dakwa ‘Diperdaya’ Pereka Fesyen Duo Terkenal, Peserta Hanya Jadi Tetamu

Fesyen

“Sekadar Marketing” – Wanita Dakwa ‘Diperdaya’ Pereka Fesyen Duo Terkenal, Peserta Hanya Jadi Tetamu

Tular di media sosial Twitter mengenai satu dakwaan daripada seorang individu yang mendakwa bahawa dia ‘terpedaya’ dengan satu kempen pencarian muka baru yang dianjurkan oleh pereka fesyen terkenal tempatan.

Dalam untaian Tweet itu, wanita itu berkongsi pengalamannya menyertai ujibakat pencarian model baru itu dan mereka yang menyertainya telah dijanjikan dengan tawaran hadiah bernilai RM10,000 bagi pemenang bertuah.

Advertisement

rr

Difahamkan, seramai lebih 100 orang telah hadir dalam ujibakat tersebut tanpa mengira umur berikutan tiada syarat yang spesifik dikenakan untuk mereka yang ingin menyertainya.

Kata wanita itu, dia pada mulanya bersyukur kerana telah menjadi peserta pilihan (shortlisted) dan mula berasa ragu-ragu kerana ujibakat yang dilalui dirasakan sangat mudah dan senang, tidak seperti pemilihan bakat baru seperti Dewi Remaja misalnya.

Setelah 5 hari kemudian, wanita itu telah diminta hadir ke majlis pelancaran dan program ulang tahun pereka fesyen berkenaan serta dimaklumkan mengenai siapakan pemenang bagi pencarian muka baru kempen tersebut.

RR

Tiba di hari pelancaran tersebut, mereka yang dipilih telah hadir dan ‘memeriahkan’ majlis seperti tetamu kebanyakan, bukannya sebagai peserta ‘sebuah pertandingan’.

I macam ‘senang betul program ni, menang 10k tapi tak susah macam Dewi Remaja, tiada second stage atau rehearsal ke apa. Then ramai-ramai pun berdiri dekat depan stage tu tunggu, tahu-tahu mereka terus umum pemenang dari belakang.

Kami beramai-ramai dibawah diibarat seperti tetamu yang memeriahkan majlis. Tiada sebarang speech yang mengatakan berapa yang shortlisted, atau barisan peserta yang hadir untuk menunjukkan pos penghargaan, tiada goodies bag atau anything.

Berikutan itu, wanita berkenaan menganggap apa yang terjadi itu adalah satu pengalaman yang ketara dan kelakar, selain turut berasa terpedaya dengan insiden berkenaan.

Rizman Nurida Suraya
2 years lalu

Makin Ayu Sejak Berhijab, Rizman Doakan Isteri Terus Istiqamah Dalam Penghijrahan Baharu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    July 5, 2022 at 6:32 pm

    ini semua geng bapok yg suka menipu bini2 dua ekor ni pun kena tipu dengan shuben sonsang dorang konon jantan padahal suker jantan nyahhhh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...