March 27th, 2018

Spekulasi cinta Datuk Hans Isaac dan Neelofa beberapa hari lepas hangat dibicarakan di media sosial gara-gara foto pertemuan mereka di Genting Highlands. Tidak mahu netizen terus salah faham, Hans mengatakan perkara itu cuma kebetulan sahaja.

Bagaimanapun, Hans akui beliau dan Neelofa sering keluar bersama sebagai seorang kawan dan hanya atas dasar kerja.

Video yang tular itu berlaku sebelum konsert berlangsung. Kami bertemu di restoran yang sama dan kebetulan meja penuh. Disebabkan mahu cepat, kami pun berkongsi meja. Gambar yang tersebar itu diambil oleh seorang teman, bukannya daripada telefon kami.

Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Jujurnya, kami memang selalu keluar bersama.Kadang-kadang kami berbincang pasal kerja. Cuma orang tak tahu yang kami berjumpa atas dasar kerja dan menganggap saya dan Lofa keluar ‘dating’.

Walau apapun yang berlaku antara saya dan Lofa sebelum ini, kami tetap berkawan baik. Bukan dengan Lofa saja, tetapi mana-mana wanita yang pernah dikaitkan dengan saya sebelum ini, kecuali seorang. Saya tahu macam mana dirinya dan saya kenal hati budi Lofa.

Bukan mudah untuk bekas kekasih menjadi kawan baik bukan? Mungkin Hans dan Neelofa boleh jadi contoh kepada orang lain diluar sana untuk tidak terus bersengketa dan “move on” dengan percintaan lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE


59 responses to “Sejujurnya Saya Dan Neelofa Memang Sering Keluar Bersama – Hans Isaac”

  1. Anonymous says:

    eh, apa masalahnya lepak together??.. Elaine pun ada dengan husband dia, ex gf hans jugak Elaine tu..

  2. Menyampah says:

    ada org kisah ke lopa ko nk kuar ngn sapa2…npk sgt desprate..dato hans pun buleh…

  3. Miss_malaya says:

    Dato Hans : … kecuali seorang. (Maybe Erra Fazira sebab memang tak pernah nampak mereka bersama lepas putus).

    Kalau Fattah dah lama kene kecam.. disebabkan kisah Hans ni kisah lama je, orang pun dah peduli. Fattah tengah hot, Lofa pun tengah hot.. so jadi isu besar.

  4. Anonymous says:

    all haters n fans lofa ke..fazura ke…fattah ke..hans ke…..move on pleaseee….

  5. acik bawang says:

    x payah nak jujur sgt la hans isex…kisah plak kitorang ko nak keluar ngan saper..

Loading...