Sedih! Netizen Bengang Suami Tak Layan Isteri Buat ‘Suprise’ Hari Jadi

Kehidupan

Sedih! Netizen Bengang Suami Tak Layan Isteri Buat ‘Suprise’ Hari Jadi

Rasanya semua pihak sudah ketahui apabila mendirikan rumah tangga bersama orang yang kita cintai, perasaan kasih sayang diantara satu sama lain perlu dipupuk agar bahtera perkahwinan itu kekal teguh.

Tak perlu pun menunjukkan kasih sayang kepada pasangan dengan membeli barang-barang mewah, cukup sekadar kita meluangkan masa bersama-sama, beri layanan yang manis dan pelbagai lagi.

Advertisement

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di TikTok apabila seorang suami kelihatan seperti tidak menghargai usaha seorang isteri membuat kejutan sempenan hari lahirnya.

Menerusi perkongsian video yang sudah mendapat lebih 1 juta tanda suka itu, ia memaparkan seorang isteri yang sudah sekian lama di belakang pintu sambil memegang kek hari jadi, tetapi apabila suaminya membuka pintu, dia seolah-olah tidak terkejut dengan suprise yang dibuat oleh isterinya.

Malah, lelaki terbabit hanya berlalu pergi dan apa yang membuatkan video itu kelihatan lebih sedih, isterinya menyalakan semula lilin yang terpadam agar dapat ditiup oleh suami tetapi masih tidak dihiraukan.

Komen tiktokSumber : TikTok 

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen berasa sedih buat wanita terbabit dan ada juga yang menasihati lelaki tersebut untuk menghargai isterinya sebelum terlambat.

Harap sangat si suami sedar apa yang dia dah lakukan.. tapi apa-apa pun kita sebagai orang luar, kita cuba husnuzon je lah.

Elis Caprice
2 years ago

Tertekan Dengan Kecaman Netizen, Isteri Caprice Dimasukkan Ke Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...