“Sedekah Jela..” – Gadis Tersilap ‘Transfer’ Duit Ke Akaun Orang Lain, Penerima Enggan Bagi Balik?

Kehidupan

“Sedekah Jela..” – Gadis Tersilap ‘Transfer’ Duit Ke Akaun Orang Lain, Penerima Enggan Bagi Balik?

Niat seorang gadis ingin berkongsi rezeki gaji pertama dengan ibu tidak kesampaian apabila dia tersilap membuat transaksi ke nombor akaun orang lain.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, gadis yang dikenali sebagai Fahada Bistari meluahkan rasa terkilan apabila hasratnya untuk memberi kejutan kepada ibunya bertukar menjadi peristiwa yang tidak akan dilupakannya.

Advertisement

Difahamkan, akibat terlalu teruja, gadis itu mengakui dia tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu dan ibunya juga memaklumkan bahawa tiada sebarang pemindahan wang dibuat ke dalam akaunya.

Aku sedih kenapa aku salah bank in..

Apa yang lebih menyedihkan apabila si penerima enggan mengembalikan semula wang yang dipindahkan ke dalam akaun tersebut, sebaliknya meminta untuk gadis itu untuk mengikhlaskan dan dianggap sebagai sedekah.

Mungkin tuhan nak uji aku, tuhan nak uji kejujuran budak tu. Hidup ni penuh dengan ujian.

Dalam pada itu, gadis itu menganggap apa yang terjadi ini adalah ujian diberikan Allah SWT kepadanya dan boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati sewaktu membuat transaksi bank.

@fahadabistari

Filter ni real kan #deechoqofahada #deechoqokedah #fahadabistari #fahadatalks #deechoqoshahalam #renfahada

? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberi kata-kata positif kepada gadis itu dan mendoakan agar rezekinya diluaskan selain turut berharap penerima itu terbuka hati untuk memulangkan duit tersebut.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berbaik hati ingin membantu dan sanggup untuk menggantikan nilai wang tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Jijiklah!" - Siap Kunyahkan Nasi & 'Share' Air Dari Mulut, Aksi 'Sweet' Pasangan Ini Bikin Netizen Loya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    August 31, 2022 at 6:45 pm

    Mcm nk content je….gila ke apa..x tengok nama tup² terus klik ok…

  2. Anonymous

    August 30, 2022 at 11:03 pm

    Dia bagi RM50 / Rm20 ke sampai orang yang menerima tak nak pulangkan, suruh sedekah je. Tapi kalau nk bergurau pun, agak2la, duit orang walaupun RM10. Ke ni gimik je. Skrng ni dah macam2 gimik orang buat.

  3. Mak temah

    August 30, 2022 at 7:17 pm

    Mmg byk scammer tactic mcm ni. Tu psl org tu tanak pulang. Nak pulang pegi balai.

    • Anonymous

      August 30, 2022 at 9:25 pm

      scammer jadah nya….ko tau cerita tak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...