Sedang Hangat Bercinta, A.Aida Dah Jumpa Abang Sado Dan Six Pack

Hiburan

Sedang Hangat Bercinta, A.Aida Dah Jumpa Abang Sado Dan Six Pack

Baru-baru ini, penerbit terkenal Datuk A.Aida mendedahkan dia telah menolak lamaran tujuh orang lelaki yang tidak mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. Sebagai seorang yang masih cantik dan awet muda, tentunya dia mahukan pasangan yang sesuai dan jika ada lelaki yang mahu memikatnya, mestilah berbadan sasa serta tegap dan mempunyai six pack.

a.aida abang sado six pack

Advertisement

Terbaru, A.Aida dikatakan sudah menjumpai lelaki idamannya apabila dilihat hadir bersama seorang jejaka sado di Konsert Romantikan Datuk Awie. Ramai yang tertanya-tanya adakah itu kekasih barunya selepas dia menolak tujuh lelaki sebelum ini.

A.Aida mengakui dia sedang berkawan dengan lelaki itu namun perhubungan mereka masih dalam peringkat awal lagi dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

a.aida buka tudung

Saya sudah agak soalan ini akan timbul. Saya jenis yang selesa bercakap benar. Ya, saya dengan dia sedang berkawan. Tapi, perhubungan masih peringkat awal iaitu saling berkenalan.

Saya tidak mahu terburu-buru dalam soal mencari pasangan. Saya mahu relaks dulu. Lagi pula, apa yang menjadi keutamaan sekarang tetap pada perniagaan dan anak-anak. Kalau ada jodoh, adalah. Tapi, itu bukan fokus saya sekarang. Pada usia sekarang, banyak perkara lain perlu diberi perhatian.

7 lelaki pikat a.aida

Dalam pada itu, A.Aida berkata usia lelaki itu yang jauh lebih muda daripadanya tidak menjadi penghalang untuk mereka saling berkenalan dan berkawan.

Dari dulu lagi saya okay saja dengan sesiapa. Macam sekarang ini pun, dia jauh lebih muda daripada saya. Tapi, saya selesa berkawan dengannya. Saya tidak fikir usia itu halangan. Cuma, saya kena lebih berhati-hati dalam perkara ini.

a.aida buka tudung

Namun, apabila ditanya adakah lelaki sado itu merupakan jurulatih peribadi di pusat gimnasium tempatnya bermain gim, A Aida selesa mengunci mulut.

Mempunyai tubuh badan yang langsing dan menawan, tidak hairanlah jika A.Aida masih mampu memikat hati ramai lelaki. Siapa tahu hubungan mereka boleh ke fasa yang lebih serius.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...