Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan arahan untuk Datuk Seri Vida menghentikan sebarang promosi berkaitan kripto wang Lavida Coin yang sebelum ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan juga kesangsian terhadap kesahihah pelaburan tersebut.
Menerusi akaun Instagramnya, DSV nampaknya akur dengan arahan yang ditetapkan dan memberitahu beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya berkaitan isu tersebut sepanjang tempoh pihak SC membuat penilitian lanjut.
Terdahulu, Lavida Coin telah pun disenarai hitam dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia. Laman web yang mempromosikan pelaburan itu juga adalah haram dan tidak diiktiraf serta diluluskan dibawah undag-undang Bank Negara Malaysia. Namun, DSV tetap tampil mempertahankan Lavida Coin dan menafikan dakwaan perniagaan kripto beliau itu adalah skim cepat kaya.