“Sebab Ramai Tak Jujur..” Neelofa Cadang Letak Foto Dalam Sijil Vaksinasi

Hiburan

“Sebab Ramai Tak Jujur..” Neelofa Cadang Letak Foto Dalam Sijil Vaksinasi

Berikutan daripada kemunculan sindiket menjual sijil vaksinasi palsu dalam kalangan masyarakat pada ketika ini, selebriti popular Neelofa ada memberi sedikit buah fikiran di mana dia mencadangkan agar foto pengguna diletakkan dalam sijil digital individu yang telah lengkap dua dos vaksin.

Neelofa
3 years ago

Dah Kena Panggil 'Mommy', Peminat Jangka Kandungan Neelofa 3-4 Bulan

Advertisement

Perkara tersebut diutarakan Neelofa menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya malam tadi.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ujar pengasas tudung jenama Naelofar ini lagi, tujuan meletakkan foto profil pengguna adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya penipuan atau salah guna sijil kepunyaan orang lain.

Dalam hantarannya itu juga, Neelofa memuat naik kembali hantaran yang dibuat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengenai peringatan kepada pemilik kedai dalam memastikan pelanggan telah lengkap dua dos dan menunjukkan sijil vaksin apabila diperlukan.

IG NeelofaSumber : Instagram Neelofa  

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ada mengumumkan aplikasi MySejahtera akan ditambah baik seperti pengesanan mengenai status vaksinasi seseorang individu itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Neelofa

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...