Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Berhasrat Untuk Tambah Anak

Hiburan

Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Berhasrat Untuk Tambah Anak

Selepas enam tahun berumah tangga dan menimang cahaya mata pertama, Lara Alana tiga tahun lalu, pasangan Scha Al – Yahya dan Awal Ashaari kini sudah bersedia untuk menambah anak.  Scha tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua mereka dalam tempoh terdekat.

Advertisement

Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, saya berdoa supaya diberikan segera rezeki untuk menambah anak. Sebelum ini, kami merancang kerana mahu memberi ruang kepada Lara untuk matang sedikit sebelum dikurniakan adik.

Pada awal perkahwinan dulu, kami menanti lebih setahun sebelum dikurniakan Lara. Saya sedar, usia semakin bertambah, jadi saya berharap perancangan ini akan dipermudahkan oleh-Nya.

Harapnya hasrat Scha dan Awal untuk menambah bilangan anak mereka akan dipermudahkan. Berdoa dan teruskan berusaha, inshaAllah ada lah rezeki tu.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...